Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Negeri

2,000 Berjaya Divaksin Di MBS – Menteri Besar Negeri Sembilan

Kongsikan Artikel Ini

SEREMBAN, 19 Jul – Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun mengumumkan bahawa Pasukan Petugas Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (CITF) di setiap daerah di Negeri Sembilan sedang bertungkus-lumus menjalankan program outreach vaksinasi agar lebih ramai ahli masyarakat dapat divaksin.

Program yang mensasarkan seramai 2,000 penerima vaksin setiap hari itu yang terdiri daripada agensi swasta dan kerajaan dalam daerah Seremban serta kariah masjid adalah anjuran bersama Pejabat Daerah Seremban, Pejabat Kesihatan Daerah Seremban dan Majlis Bandaraya Seremban (MBS).

“Tahniah diucapkan kepada Pasukan Petugas Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (CITF) Daerah Seremban yang melaksanakan program Outreach di Majlis Bandaraya Seremban,” ujar Aminuddin melalui satu hantaran di laman sosial Instagram beliau semalam.

Program vaksinasi tersebut diadakan di Wisma MBS dan berjaya menambah kapasiti pemberian vaksin di negeri ini secara menyeluruh.

Datuk Seri Aminuddin juga menyatakan harapan beliau semoga imuniti kelompok dapat dicapai dengan segera dan jumlah kes baharu positif Covid-19 dalam negeri ini dapat diturunkan dengan segera.

– MEDIA RANIA

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 29 Jul – Sebanyak RM1.6 juta diperuntukan menerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) untuk disumbangkan kepada 301 buah masjid dan...

Nasional

Kongsikan Artikel Ini Tindakan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Harun menolak usul yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan...

Negeri

Kongsikan Artikel IniREMBAU, 27 Jul – Kerajaan Negeri Sembilan menetapkan sasaran seramai 700,000 individu di negeri ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19 menjelang 31...

Negeri

Kongsikan Artikel Ini Pilihan raya negeri Sarawak kembali diperkatakan setelah kerajaan mengumumkan pembatalan Ordinan Darurat menjelang berakhirnya Proklamasi Darurat pada 1 Ogos ini. Pembatalan...

Copyright © 2021 Media Rania