Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

Tahniah Mahiaddin, Dua Rekod Baharu Dicipta Hari Ini!

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 18 Jul – Bukan sekadar satu rekod tetapi rupanya sehingga dua rekod baharu dicatatkan hari ini.

Malaysia merekodkan kes kematian tertinggi akibat COVID-19 hari ini, iaitu 153 orang.

Semalam, kes kematian akibat COVID-19 ialah seramai 138 orang.

Rekod kedua yang dicipta Mahiaddin ialah jumlah kematian kumulatif yang kini berjaya melepasi angka tujuh ribu orang buat kali pertama.

Jumlah kematian seramai 138 hari ini menjadikan keseluruhan pesakit yang maut akibat virus itu sehingga kini ialah 7,019 orang.

Berdasarkan infografik yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), jumlah itu mewakili 0.77 peratus daripada keseluruhan 916,561 kes sehingga hari ini.

Sebanyak 10,710 kes baharu direkodkan hari ini dengan 10,698 daripada membabitkan jangkitan tempatan dan baki 12 kes import.

“5,778 kes sembuh baharu direkodkan hari ini menjadikan keseluruhan jumlah kes sembuh sebanyak 784,949.

“Jumlah kes aktif ialah 124,593 dengan 909 kes berada di unit rawatan rapi (ICU) dan 445 memerlukan bantuan alat pernafasan,” menurut infografik itu.

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniSarawak Report mendakwa Yang di-Pertuan Agong (YDPA) telah memberi nasihat sekurang-kurangnya tiga kali kepada Tan Sri Mahiaddin Md Yasin agar meletakan jawatannya...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniBursa Malaysia kehilangan dana akibat dasar-dasar buruk dan ketegangan politik, kata seorang ahli ekonomi. Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pendidikan Pasaran Carmelo Ferlito...

Nasional

Kongsikan Artikel IniAhmad Zahid Hamidi secara sinis berkongsi harga “katak politik” dalam tempoh sebulan ini dijangka melambung kepada RM32 juta seekor. Dalam kenyataan terbaharu...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPresiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim merayu kepada golongan profesional dan penjawat awam agar tidak menjadi ‘perkakas’ kepada orang politik dan tidak...

Copyright © 2021 Media Rania