Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Antarabangsa

Rakyat Thailand Desak Prayut Letak Jawatan, Malaysia Bila Lagi?

Kongsikan Artikel Ini

BANGKOK, 18 Jul – Kemarahan meluap-luap tanpa mampu ditahan-tahan lagi.

Begitu situasi terkini apabila Polis Thailand terpaksa melepaskan meriam air ke arah penunjuk perasaan selepas kumpulan itu enggan bersurai dan ingkar arahan sekatan COVID-19, menggesa Perdana Menteri, Prayut Chan-O-Cha supaya meletak jawatan dan sempena setahun gerakan prodemokrasi.

Penunjuk perasaan mendesak PM Thailand, Jeneral Prayut Chan O-Cha meletak jawatan segera – Foto: CNA

Penunjuk perasaan yang ingkar kepada larangan berhimpun melebihi lima orang itu turut membawa beg mayat berserta cat merah berhampiran Monumen Demokrasi, berarak menuju kepada pejabat kerajaan.

Mereka diketuai sekumpulan individu yang memakai topeng gas selain disertai penunggang motosikal sambil membawa beg mayat di atas kenderaan mereka.

“Kami akan mati akibat COVID-19 jika kami tinggal di rumah, itu sebabnya kami perlu keluar rumah.

“Prayut Chan-O-Chan perlu meletak jawatan tanpa sebarang syarat, pemotongan bajet kepada monarki dan penggunaan tentera melawan COVID-19 dan akhir sekali ialah membawa masuk vaksin mRNA,” jerit seorang daripada penunjuk perasaan berkenaan.

Penunjuk perasaan turut dilihat membawa kain rentang gergasi, memaparkan wajah bekas ketua tentera yang terbabit dalam rampasan kuasa pada tahun 2014 sebelum memijaknya beramai-ramai.

Polis Thailand bersedia mengawal keadaan di sekitar Bangkok susulan kemarahan memuncak mendesak Prayut meletak jawatan – Foto: CNA

Thailand kini berdepan gelombang penularan COVID-19 terburuk dengan jumlah kes merekodkan peningkatan mendadak, manakala hospital kini beroperasi d pada tahap maksimum.

Lebih memburukkan ialah perolehan vaksin yang perlahan, manakala ekonomi Thailand tidak menentu berikutan pelbagai sekatan yang terpaksa dilaksanakan.

Jiran mereka di selatan, Malaysia sudah boleh berbangga apabila dilaporkan jumlah kematian kini melepasi tujuh ribu orang dan tiada tanda-tanda perdana menteri negara itu, Muhyiddin Yassin mahu meletak jawatan.

– AFP

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniKYIV, 25 Sep – Ukraine dan Russia saling tuduh menuduh mengenai serangan ke atas orang awam di selatan Ukraine, ketika Russia terus...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniPHNOM PENH, 22 Sep – Mahkamah jenayah perang Khmer Rouge yang disokong Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) di Kemboja bersetuju mengekalkan sabitan...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniLONDON, 21 Sep – Pemimpin seluruh dunia mengecam tindakan Presiden Vladimir Putin yang mengarahkan kerahan tentera ke Ukraine serta memberi amaran bahawa...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniYANGON, 21 Sep – Junta hari ini memberi amaran kepada orang awam di Myanmar supaya tidak menunjukkan sokongan moral kepada kumpulan penentang...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER