Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Sukan

Hamilton Unggul Di Laman Sendiri

Kongsikan Artikel Ini

SILVERSTONE, 18 Jul – Kemenangan di Grand Prix (GP) British sekali lagi menjadi milik Lewis Hamilton selepas menamatkan perlumbaan yang penuh dramatik dan kontroversi pada Ahad.

Ini menjadi rekod baharu apabila Hamilton berjaya mendominasi kemenangan untuk kali kelapan berturut-turut di litar perlumbaan Silverstone.

Ia menjadi satu perlumbaan yang ‘panas’ selepas Hamilton didakwa menjadi punca kemalangan Max Verstappen pada pusingan pertama yang menyebabkan jentera pasukan Red Bull itu berpusing sebelum melanggar tembok.

Pelanggaran berlaku sewaktu Hamilton mencuba nasib untuk memotong Verstappen di selekoh dan roda bahagian kiri pemandu British itu telah bergesel dengan tayar kanan bahagian belakang Verstappen.

Bagaimanapun, Verstappen, pemandu Belanda itu dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan meskipun jenteranya mengalami ‘total lost’.

Perlumbaan itu ditangguhkan untuk sementara waktu dan didahului oleh pelumba Ferrari, Charles Leclerc yang dipintas dalam penghujung pusingan.

Leclerc yang tidak dapat mempertahankan kejuaraan, hanya mendapat tempat kedua dan diikuti dengan seorang lagi pemandu Mercedes, Valteri Bottas.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Sukan

Kongsikan Artikel IniTOKYO, 24 Jul – Misi atlet gimnastik artistik negara Jeremiah Loo Phay Xing untuk layak ke pusingan akhir acara all-around lelaki Olimpik...

Sukan

Kongsikan Artikel IniTOKYO, 24 Jul – Atlet angkat berat Uganda yang hilang di Jepun minggu lalu selepas impiannya untuk beraksi di Sukan Olimpik Tokyo...

Sukan

Kongsikan Artikel IniTOKYO, 23 Jul – Sukan Olimpik Tokyo 2020 akhirnya disingkap secara rasmi malam ini dalam stadium ‘tanpa penonton’ yang ditangguhkan selama setahun,...

Sukan

Kongsikan Artikel IniTOKYO, 23 Jul – Saksikan siaran langsung upacara Perasmian Sukan Olimpik Tokyo 2020 menerusi siaran live di bawah.     http://liveonhditv.com/Olympic-Ceremony https://sportspctv.com/Tokyo-Olympics2020/

Copyright © 2021 Media Rania