Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Tempatan

[Covid-19] Kluster Penjara Kepayan: Jadikan Kluster Tembok Lalu Sebagai Pengajaran, Laksana PBSL

Kongsikan Artikel Ini

KOTA KINABALU, 18 Julai – Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Sabah, Razeef Rakimin menggesa pihak penjara untuk memperketatkan saringan dan SOP berikutan kemunculan semula Kluster Penjara Kepayan yang dilihat semakin serius.

Semalam Sabah mencatatkan 647 kes baharu Covid-19. Ini menunjukkan peningkatan hampir dua kali ganda atau 98.5% berbanding 326 kes pada Jumaat.

Menurut beliau apa yang lebih mengejutkan Kota Kinabalu merekodkan 312 kes positif dengan 204 kes dilaporkan melibatkan Kluster Penjara Kepayan.

“Pada 23 Mac lalu Kluster Tembok (Penjara Kepayan) yang aktif sejak Oktober tahun lalu telah ditamatkan dengan jumlah keseluruhan 1,900 kes dan 1 kes kematian.”

“Namun sejak Jun kluster Penjara Kepayan kembali aktif dan semalam mencatatkan kes harian tertinggi dengan 204 kes.”

Menurut beliau lagi Pihak penjara sepatutnya lebih berhati-hati dengan memperketatkan SOP agar Kluster Tembok tidak kembali. Pengasingan antara penghuni baru selama 14 hari sebelum ditempatkan bersama penghuni lama juga perlu selain memperketat saringan terhadap pegawai-pegawai penjara.

Jelas beliau situasi penghuni yang berkurung dengan ribuan penghuni lain menyukarkan lagi usaha mengekang penularan wabak Covid-19 dalam penjara. Pengasingan perlu dilakukan segera agar wabak tidak menular dengan serius.

Selain itu beliau juga menggesa pelaksanaan Program Pembebasan Banduan Secara Berlesen (PBSL) untuk disegerakan bagi mengurangkan kesesakan dalam penjara dalam tempoh pandemik ini.

Menurut beliau penghuni yang tidak terbabit kes kekerasan dan yang sedang menjalani hukuman kurang setahun layak menyertai program pembebasan awal dan perlu dibebaskan segera.

Ia penting bagi mencegah kesesakan di pusat tahanan dan penyebaran virus Covid-19 yang tidak terkawal.

Beliau juga mengingatkan Kluster Tembok Penjara Kepayan yang berlaku tahun lalu sepatutnya menjadi pengajaran dan pihak penjara sudah bersedia terhadap sebarang kemungkinan jika berlaku jangkitan pada penghuni penjara.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER