Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Antarabangsa

Korban Kondo Runtuh Di Florida Terus Meningkat

Kongsikan Artikel Ini

SURFSIDE, Florida, 17 Jul – Jumlah kumulatif angka korban akibat sebuah kondominium runtuh di Miami, Florida pada bulan lalu dilaporkan kini meningkat kepada 97 orang.

Lapor stesen penyiaran Arab Al Jazeera, usaha mencari mayat dibawah serpihan runtuhan bangunan di Florida Selatan itu hampir berakhir ketika polis Miami-Dade mengenal pasti baki mangsa yang lain.

“Kami mengesahkan seramai 97 orang meninggal dunia.

“Ia merupakan kejadian menyayat hati dan mengejutkan,” kata Datuk Bandar Miami-Dade County, Daniella Levina Cava kepada agensi berita antarabangsa Reuters.

Jumlah kematian terkini itu merangkumi kes kematian seorang mangsa berusia 51 tahun yang dikenal pasti sebagai Luis F Barth.

Sementara itu, akhbar Miami Herald melaporkan, jurucakap polis Miami-Dade, Alvaro Zabaleta berkata, identiti 92 mayat mangsa sudah dikenal pasti.

Kata Zabaleta, pihaknya juga telah memaklumkan kepada ahli keluarga dan waris terdekat mangsa mengenai perkara tersebut.

Jelas beliau, pihaknya hanya menerima laporan 97 mangsa masih hilang.

“Berdasarkan jumlah mayat ditemukan dengan laporan bilangan mangsa hilang, ia tidak bermakna usaha mencari sudah berakhir.

“Kita tidak dapat pastikan lagi selagi semua serpihan runtuhan bangunan ini dibersihkan,” katanya.

Champlain Tower South yang terletak di Surfside, sebuah bandar di utara Pantai Miami, runtuh pada 24 Jun lalu ketika puluhan penghuni berada dalam kondominium tersebut.

Setakat ini, tiada mangsa yang selamat ditemukan sejak insiden runtuhan tersebut.

– AGENSI

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniPHNOM PENH, 22 Sep – Mahkamah jenayah perang Khmer Rouge yang disokong Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) di Kemboja bersetuju mengekalkan sabitan...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniLONDON, 21 Sep – Pemimpin seluruh dunia mengecam tindakan Presiden Vladimir Putin yang mengarahkan kerahan tentera ke Ukraine serta memberi amaran bahawa...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniYANGON, 21 Sep – Junta hari ini memberi amaran kepada orang awam di Myanmar supaya tidak menunjukkan sokongan moral kepada kumpulan penentang...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniMEXICO CITY, 20 Sep – Ia sepatutnya hanya latihan, namun siapa sangka kejadian sebenar berlaku. Itulah yang berlaku ke atas penduduk bandar...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER