Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Komuniti

Kluster Paya Datuk Jangkit 58 Petugas Kesihatan

Kongsikan Artikel Ini

MELAKA, 17 Jul – Sebanyak 58 kes positif COVID-19 dikesan melibatkan Kluster Paya Datuk yang terdiri daripada petugas dan pesakit Hospital Alor Gajah serta ahli keluarga mereka dalam tempoh seminggu ini.

Daripada jumlah itu, 16 individu membabitkan petugas hospital itu, pesakit (32 orang) dan ahli keluarga (10 orang).

Terdapat lima kematian dilaporkan di bawah kluster tersebut melibatkan pesakit berusia lebih 60 tahun dan kes masih dalam siasatan untuk disahkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

“Hospital Alor Gajah telah mula menerima dan merawat pesakit COVID-19 sejak dua minggu lepas dengan menyediakan 10 katil untuk pesakit wabak berkenaan dan satu katil unit rawatan rapi (ICU).

“Pada 10 Julai lepas, terdapat dua kes COVID-19 melibatkan kakitangan Wad 2A Hospital Alor Gajah dilaporkan dan punca jangkitan penularan kes masih dalam siasatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini malam ini.

Beliau berkata susulan itu, Jabatan Kesihatan Negeri Melaka menerusi pihak pengurusan Hospital Alor Gajah telah mengambil beberapa tindakan segera bagi membendung penularan jangkitan berkenaan termasuk menjalankan aktiviti pengesanan dan saringan kontak.

Katanya kemasukan pesakit ke Wad 2A dan 2B ditangguhkan sehingga kerja-kerja sanitasi selesai dilakukan dan keadaan penularan adalah terkawal.

Rahmad berkata selain itu, semua kes bukan COVID-19 yang perlu mendapatkan rawatan lanjut akan dirujuk ke Hospital Melaka dan Hospital Angkatan Tentera di Kem Terendak.

“Bagi pesakit kes ringan dan bukan kecemasan digalak untuk mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Alor Gajah yang beroperasi sehingga pukul 9.30 malam pada hari bekerja dan klinik berhampiran namun perkhidmatan kes kecemasan masih diteruskan di hospital tersebut,” katanya.

Katanya pihaknya berharap penularan jangkitan COVID-19 di Hospital Alor Gajah akan dapat dikawal segera menerusi langkah kawalan dan pencegahan yang dilakukan pengurusan hospital tersebut.

Dalam pada itu, katanya, semua pihak juga digesa sentiasa mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan, berada di rumah dan patuh pada amalan norma baharu.

– BERNAMA

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 24 Sep – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan terus mencatat sejarah tersendiri apabila menerima Sijil Audit Negara pada hari yang...

Negeri

Kongsikan Artikel IniREMBAU, 23 Sep – “Kali terakhir seorang Menteri Besar menjejakkan kaki ke kampung ini adalah pada 45 tahun lalu”. Itulah ayat pertama...

Negeri

Kongsikan Artikel IniBATU PAHAT, 23 Sep – Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka di negeri ini, membabitkan daerah ini dan juga Pontian setakat...

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 21 Sep – Berita baik buat semua penyokong Pakatan Harapan (PH) apabila rundingan kerusi yang akan ditandingi pada Pilihan Raya Umum...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER