Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Politik

Berapa Ramai Lagi Azmin dan Muhyiddin Perlu ‘Bunuh’ Sebelum Menutup Sektor Perkilangan?

Kongsikan Artikel Ini

TUARAN, 16 Julai – Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sabah, Razeef Rakimin hari ini mempersoal kebenaran sektor perkilangan yang terus beroperasi sedangkan ia menjadi penyumbang kepada peningkatan kes jangkitan baharu dan kluster tertinggi Covid-19.

Semalam kita dikejutkan dengan 13,215 kes baharu jangkitan wabak Covid-19 menjadikannya rekod jangkitan harian tertinggi sepanjang pandemik. Begitu juga di negeri Selangor dengan 6,120 kes baharu yang merupakan tertinggi sepanjang pandemik. Ini menjadikan keseluruhan kes jangkitan wabak Covid-19 sebanyak 880,782 kes.

Sebanyak 110 kes kematian baharu direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian sebanyak 6,613.

“Saya ingin bertanya berapa ramai lagi Azmin dan Muhyiddin perlu ‘bunuh’ sebelum menutup sektor ekonomi terutama sektor perkilangan bagi mengekang penularan wabak Covid-19?” Soal Razeef.

Razeef mendakwa Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Azmin Ali terlalu mengejar pemulihan ekonomi negara sedangkan pemulihan ekonomi tidak mungkin berlaku selagi kes jangkitan harian masih tinggi.

Keegoan Azmin jelas mensia-siakan usaha para petugas barisan hadapan yang mempertaruhkan nyawa sejak lebih setahun lalu berusaha memutuskan rantaian wabak sehingga ramai petugas barisan hadapan ini turut terkorban.

“Kes kematian harian bukanlah sekadar angka, ia adalah ahli keluarga seseorang. Suami seseorang, isteri seseorang, Ayah Ibu seseorang, Abang Kakak Adik seseorang, Anak Cucu seseorang. Di mana hati nurani pemimpin negara hari ini?”

Razeef turut mempersoal adakah Azmin tidak boleh mengarahkan penutupan sektor ekonomi terutama perkilangan hanya untuk tempoh sebulan bagi memutuskan rantaian jangkitan wabak Covid-19.

“Kita melihat kejayaan beberapa negara luar yang berjaya bebas dari Covid-19 hanya dengan menutup semua sektor sosial dan ekonomi antara sebulan atau dua bulan sebelum membuka semula sektor ekonomi secara berperingkat setelah kes jangkitan bahari sangat rendah atau sifar kes.”

“Setelah tidak ada lagi kes baharu dan tidak ada lagi kematian baharu akibat Covid-19, kerajaan boleh meneruskan dengan pelan pemulihan ekonomi negara dengan membuka sektor ekonomi secara berperingkat. Adakah ini sangat sukar untuk dilakukan?”

Beliau berkata Vaksin Covid-19 adalah ikhtiar bagi mengurangkan risiko jangkitan dan ia mampu melawan wabak dalam tubuh dengan memperkuatkan sistem pertahanan tubuh. Namun ia tidak bermaksud seseorang tidak akan dijangkiti jika menyentuh pesakit Covid-19.

Razeef juga berkata alasan program vaksinasi yang diperhebat tidak boleh dijadikan hujah mengurangkan khuatir rakyat terhadap peningkatan mendadak kes baharu harian kerana kes yang tinggi ini mampu merencatkan program vaksinasi negara.

“Saya mengambil contoh Pusat Pemberian Vaksin (PPV) IDCC Shah Alam terpaksa ditutup setelah 204 petugas sukarelawan PPV didapati positif Covid-19. Dan ini hanya jumlah saringan para petugas tidak termasuk para penerima vaksin yang telah hadir ke PPV IDCC Shah Alam dan bersentuh dengan para petugas.” jelas Razeef.

“Saya merasa sedih melihat negara yang kian lumpuh. Hospital penuh, bukan sahaja pesakit perlu ditempatkan di ruangan luar termasuk tempat letak kereta, malah jenazah pesakit juga terpaksa diletakkan di atas lantai dan ada diletak di kontena khas yang sepatutnya digunakan untuk menyimpan makanan sejuk beku.”

“Adakah Muhyiddin tidak merasa sedih dengan keadaan negara hari ini? Saya pasti Azmin tidak akan sedih kerana beliau sekarang ini sedang melancong di Turki melawat Hagia Sophia. Namun Muhyiddin yang berasal dari keluarga yang baik tidak mungkin terdidik untuk membiarkan rakyat terseksa.”

“Rakyat hari ini juga tertekan akibat kehilangan punca pendapatan. Ada yang diberhentikan kerja, ada yang tempat berkerja ‘gulung tikar’ begitu juga yang berniaga. Hutang tidak mampu bayar, sukar menyediakan makanan buat keluarga akibat ketiadaan pendapatan. Ini belum termasuk kehilangan insan tersayang akibat Covid-19.”

Beliau juga merujuk kepada peningkatan kes bunuh diri. Sejak awal tahun lalu sehingga Mei tahun ini sebanyak 1,099 kejadian bunuh diri dilaporkan dan 468 daripadanya antara Januari hingga Mei 2021.

Kebanyakan dari kes ini kerana hilang punca pendapatan dan tanggungan hutang selain masalah rumahtangga yang juga berpunca dari kehilangan punca pendapatan.

“Sekarang ini kita berada dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dan ‘total lockdown’ disamping pelan pemulihan negara. Namun semua menuju kegagalan akibat kedegilan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang enggan menutup sektor ekonomi terutama perkilangan yang menyumbang kepada peningkatan kes wabak Covid-19.”

“Sekali lagi saya bertanya, berapa ramai lagi perlu terkorban sehingga Azmin dan Muhyiddin menutup sektor yang menjadi punca penularan wabak Covid-19?”

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER