Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Komuniti

Ada Individu Curi Tomato, Halia Di Mydin Kerana Lapar – Ameer

Kongsikan Artikel Ini

Kehidupan rakyat di negara ini semakin tenat akibat pandemik Covid-19 sehingga ada individu sanggup mencuri dua biji tomato dan halia kerana kelaparan.

Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin), Datuk Ameer Ali Mydin berkongsi satu insiden menjentik hatinya yang berlaku di salah sebuah rangkaian pasar raya miliknya.

“Sebelum ini biasanya kita nampak di Mydin orang curi barang elektrik seperti televisyan atau benda mahal tapi sebab mereka itu memang seorang pencuri. Mereka mencuri sebab mahu jual semula barang tersebut.

“Tapi dalam situasi sekarang pun masih ada orang yang mencuri tapi dia ambil makanan dan bukanlah benda mahal, dia ambil sayur.

“Saya lihat dia ambil dua biji tomato dan sedikit halia, saya tanya pada orang itu kenapa ambil tomato? Dia kata untuk masak dan memang dia sangat malu ketika saya bertanya.

“Jadi orang seperti ini sebenarnya dia sedang kelaparan, sebab itu saya rasa kita perlu buat sesuatu untuk bantu rakyat yang sedang dalam kesusahan,” katanya hari ini.

Terdahulu beliau yang mewakili Persatuan Perniagaan Masjid India (MIBA) bersama Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah menyampaikan sumbangan berupa bakul makanan kepada penerima yang terkesan akibat pandemik Covid-19 di ibu kota.

Dalam sesi tersebut, sebanyak 200 bakul makanan diagihkan kepada penerima yang menetap di sekitar Dang Wangi serta kawasan-kawasan berhampiran.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Komuniti

Kongsikan Artikel IniWANGSA MAJU, 8 Sep – Perayaan kuih bulan yang sinonim dengan masyarakat Cina, kini berubah wajah apabila kaum-kaum lain turut meraikan sambutan...

Komuniti

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 21 Ogos – Sebanyak empat pihak berkuasa tempatan (PBT) di Negeri Sembilan muncul antara yang terbaik daripada keseluruhan 101 PBT di...

Komuniti

Kongsikan Artikel IniWANGSA MAJU, 16 Ogos – Tanpa mengharapkan bantuan daripada agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang seakan tak kunjung tiba, KEADILAN...

Komuniti

Kongsikan Artikel IniWANGSA MAJU, 9 Ogos – Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Cabang Wangsa Maju sekali lagi menyahut cabaran Pusat Darah Negara (PDN) dengan mengadakan...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER