Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Jenayah

C4: RM2 Juta Jauh Lebih Banyak Dari Had Perbelanjaan Dan Melanggar Akta Kesalahan Pilihanraya

Kongsikan Artikel Ini

Kumpulan antirasuah C4 membangkitkan isu berkaitan sumbangan politik untuk pilihan raya kecil (PRK) bernilai RM2 juta yang diterima oleh bekas menteri Umno Tengku Adnan Tengku Mansor.

Pengasas C4 Cynthia Gabriel berkata jumlah itu melebih had perbelanjaan pilihan raya sebanyak RM200,000 yang ditetapkan Akta Kesalahan Pilihan Raya.

“Ini jauh melebihi jumlah perbelanjaan yang dibenarkan,” katanya di Twitter.

Mahkamah Rayuan hari ini membatalkan sabitan bersalah terhadap bekas menteri Wilayah Persekutuan itu dalam kes rasuah berjumlah RM2 juta.

Keputusan majoriti memutuskan RM2 juta yang diterima Tengku Adnan adalah sumbangan politik untuk dua pilihan raya kecil.

Pada 21 Disember lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan ahli parlimen Putrajaya itu bersalah menerima rasuah sebanyak RM2 juta.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan dan denda sebanyak RM2 juta.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan pembelaan untuk menangguhkan hukuman sementara menunggu proses rayuan di Mahkamah Rayuan.

Menurut pertuduhan, Tengku Adnan didakwa dalam kapasitinya sebagai seorang penjawat awam iaitu menteri Wilayah Persekutuan, menerima untuk dirinya wang berjumlah RM2 juta daripada seorang ahli perniagaan Chai Kin Kong yang merupakan pengarah kepada Aset Kayamas Sdn Bhd (AKSB).

Rasuah itu ddiakwa diterimanya melalui cek Hong Leong Islamic Bank milik AKSB yang telah didepositkan ke dalam akaun bank CIMB milik Tadmansori Holdings Sdn Bhd (THSB) yang dia mempunyai kepentingan dan diketahui syarikat AKSB ada perhubungan dengan kerja-kerja rasminya.

Kesalahan itu didakwa dibuat di CIMB Pusat Bandar Damansara pada 14 Jun 2016.

Mahkamah Rayuan bagaimanapun dalam keputusan 2-1 membatalkan keputusan tersebut.

Ketika membaca penghakiman majoriti, Suraya berkata Mahkamah Tinggi gagal mengambil kira kegagalan pihak pendakwaan memeriksa semula Chai, yang merupakan saksi utama pendakwaan, bahawa wang RM2 juta itu adalah untuk sumbangan politik kepada Umno bagi dua pilihan raya pada 2016.

“Keseluruhan kes pendakwaan (terhadap Adnan) adalah berasaskan keterangannya (Chai).

“Tiada hujahan daripada pendakwaan yang Chai adalah seorang yang tidak jujur dan tidak berkata benar…hakim gagal mengambil kira perkara itu.

“Kami dapati kegagalan dalam isu kritikal seperti ini bersamaan dengan penyalaharahan (misdirection) yang menjadikan sabitan boleh dipertikaikan,” kata Suraya.

Suraya berkata ia juga dikukuhkan lagi dengan kegagalan pendakwaan untuk mencabar keterangan Chai yang dia menerima resit untuk RM2 juta yang disalurkan sebagai sumbangan politik kepada Umno pada 2016.

Sementara itu, Abu Bakar yang menolak rayuan tersebut berkata, Mahkamah Tinggi telah membuat keputusan yang betul dalam kes itu.

Dia juga menyifatkan langkah Tengku Adnan untuk bergantung kepada keterangan Chai, bahawa wang itu adalah sumbangan politik, sebagai “self-serving“.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniSHAH ALAM, 23 Sep – Presiden Umno yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi dibebaskan daripada 40 tuduhan menerima suapan...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 22 Sep – Saman syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terhadap bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Mohd. Irwan Serigar Abdullah dan bekas...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 21 Sep – Bekas setiausaha akhbar Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi diasak bertalu-talu oleh pihak pendakwaan semasa disoal balas mengenai...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniMELAKA, 20 Sep – Seorang pengarah sebuah universiti awam di Melaka, ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki menerima suapan sebuah...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER