Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Politik

Kempen #BenderaPutih Dipersenda, Kerajaan Gagal Selami Kesusahan Rakyat – AMK

Kongsikan Artikel Ini

JOHOR BHARU, 15 Julai – Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini mengecam Perdana Menteri, Tan Sri Mahiaddin Yassin kerana mempersendakan kempen #BenderaPutih.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Angkatan Muda Keadilan, YB Akmal Nasir mendakwa tindakan Perdana Menteri mempersenda inisiatif rakyat ini bukti jelas kerajaan Perikatan Nasional gagal menyelami kesusahan rakyat hari ini.

Sebelum ini tular satu rakaman mengaitkan Mahiaddin yang mempersenda inisiatif #BenderaPutih rakyat pada majlis Pelancaran Bakul Makanan Prihatin Negara.

Dalam rakaman tersebut Mahiaddin berkata “Tak payah naik bendera putih ke, bendera hitam ke. Nak naik bendera biru takpe.” di iringi gelak ketawa.

Bendera putih yang dimaksudkan beliau adalah kempen rakyat dalam membantu sesama rakyat yang terdesak memerlukan bantuan selepas kerajaan gagal membela kebajikan rakyat. Bendera putih merupakan simbolik gerakan berkenaan.

Dalam kempen ini bukan sahaja bakul makanan, malah ada yang memerlukan susu kanak-kanak, lampin pakai buang dan sebagainya. Inisiatif ini digerakkan berikutan peningkatan kes bunuh diri akibat tekanan kerana kehilangan punca pendapatan. Mereka yang memerlukan bantuan diminta untuk mengibarkan bendera putih agar jiran tetangga dapat membantu.

Bendera hitam yang dimaksudkan beliau juga adalah gerakan rakyat sebagai simbol protes rakyat terhadap kegagalan kerajaan menangani wabak Covid-19 dan kegagalan menjaga kebajikan rakyat. Manakala bendera biru yang beliau maksudkan adalah bendera Perikatan Nasional.

“Adakah kesusahan rakyat hari ini hanya bahan jenaka buat Perdana Menteri? Adakah inisiatif rakyat yang prihatin terhadap rakyat ini hanya bahan jenaka buat beliau?” Soal beliau.

Menurut Akmal yang juga Ahli Parlimen Johor Bharu, di peringkat Angkatan Muda Keadilan sehingga hari ini masih menerima banyak permohonan bantuan dalam #KempenBenderaPutih AMK. Bantuan yang dimohon tidak hanya bakul makanan malah keperluan lain.

Akmal juga berkata jika rakyat tidak mengibarkan bendera putih kerana terdesak memerlukan bantuan, adakah kerajaan akan bantu?

AMK juga turut bersolidariti dengan kempen ini dan menggerakkan jentera di seluruh negara membantu mereka yang memerlukan.

“Kerajaan hari ini dilihat tidak peka terhadap bebanan yang rakyat hadapi sehingga ada yang mengambil jalan pintas dengan ‘membunuh diri’.” ujar beliau.

“Pemimpin negara bukan hanya tidak menyokong inisiatif rakyat ini malah mempersenda gerakan ini sedangkan punca gerakan ini tercetus adapah kegagalan kerajaan itu sendiri.” jelas beliau lagi.

“Adakah ini kerajaan yang rakyat ingin beri amanah menjaga rakyat untuk 10 atau 20 tahun akan datang?” soal Akmal lagi.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER