Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Ekonomi

Lagi Manfaat Takaful Buat Rakyat Negeri Sembilan – Menteri Besar

Kongsikan Artikel Ini

SEREMBAN, 14 Jul – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun mengumumkan kerajaan negeri meluluskan peruntukan berjumlah RM1.5 juta bagi inisiatif Khairat Kematian di bawah bidang tumpuan kebajikan yang diperkenalkan pada Belanjawan Negeri 2021 yang dibentang Disember tahun lalu.

Inisiatif Hibah e-kasih adalah simbol keprihatinan kerajaan Negeri Sembilan terhadap nasib waris yang kehilangan ketua isi rumah (KIR) tanpa mengira bangsa dan agama.

“Pencaruman inisiatif ini juga akan memberikan perlindungan tambahan kepada isteri Dan 2 anak dibawah 18 tahun melalui senarai E-kasih dan tanpa permohonan dari KIR,” jelas beliau menerusi hantaran di laman Facebook rasminya hari ini.

Menurut beliau, jangkaan sebanyak 34,562 KIR akan dimanfaatkan bermula 1 Ogos ini untuk tempoh perlindungan selama 12 bulan.

Pelan perlindungan ini akan membolehkan waris menerima bantuan kecemasan sebanyak RM2,000 selepas kematian waris yang telah dinamakan.

Datuk Seri Aminuddin juga mengalu-alukan orang ramai, syarikat swasta dan pihak-pihak yang ingin menyumbang kepada inisiatif ini agar lebih ramai rakyat Negeri Sembilan dapat menerima manfaat tersebut.

Ia juga memastikan perlindungan melalui AKAUN AMANAH TAKAFUL KHAIRAT KEMATIAN yang sedang diwujudkan bagi memudahkan pengkreditan dan pengumpulan semua bayaran, dapat direlialisasikan.

Sumbangan boleh disalurkan melalui Akaun CIMB 8004433398 di atas nama Bendahari Negeri, Negeri Sembilan dengan meletakkan rujukkan ‘Khairat Kematian’.

– MEDIA RANIA

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 24 Sep – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan terus mencatat sejarah tersendiri apabila menerima Sijil Audit Negara pada hari yang...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 21 Sep – Nilai ringgit terus menyaksikan aliran menjunam apabila mencatat paras terendah sepanjang masa berbanding dolar Amerika Syarikat (AS)...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 20 Sep – Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan harga minyak yang merosot dan tekanan yang ditingkatkan...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 15 Sep – Menjelang sambutan Hari Malaysia esok, nilai ringgit terus menyusut pada paras RM4.52 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS)...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER