Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Pendidikan

KPT Digesa Turunkan Yuran IPTA/IPTS – JKPPH

Kongsikan Artikel Ini

JOHOR BHARU, 14 Julai – Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Harapan (JKPPH) menggesa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menurunkan yuran universiti awam (UA) selaras dengan tuntutan mahasiswa yang hanya belajar secara dalam talian saja ketika pandemik melanda.

Kebanyakannya mahasiswa masih ditanggung keluarga dan ada keluarga yang hilang punca pendapatan. Amatlah berharga buat mahasiswa jika yuran itu dapat dikurangkan.

Merujuk kenyataan Jawatankuasa Pendidikan PH (JKPPH), yuran di IPTA perlu diturunkan secara terus selaras dengan tuntutan pelajar, selain dan subsidi tambahan kepada pihak universiti di atas penurunan tersebut untuk menampung kos pengurusan melalui geran khas.

Dalam pada itu Penyaluran lebih banyak geran untuk pembangunan infrastruktur dan infostruktur digital di semua 20 UA dapat memastikan kelancaran pembelajaran secara digital demi keselesaan serta kemudahan pembelajaran dan pengajaran.

Kepentingan ini melibatkan lebih 500,000 pelajar IPTA di seluruh negara yang mana keluarga masing-masing yang kekurangan pendapatan dan ada yang hilang pendapatan pada waktu Perintah Kawalan Pergerakan 3.0.

Bagi IPTS Jawatankuasa Pendidikan PH amat berharap agar kerajaan dapat memberikan subsidi bayaran yuran kepada para pelajar dari keluarga B40 dan M40 yang masih belajar, kelangsungan institusi pendidikan IPTA dan IPTS juga perlu diberikan perhatian sewajarnya.

Dalam keadaan sekarang kerajaan harus bertimbang rasa kepada pelajar jika yuran universiti dikurangkan, ia dapat mengurangkan bebanan pelajar kerana mereka boleh mengeluarkan wang untuk membeli internet bagi mengikuti kelas secara talian.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER