Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Sukan

Kemeriahan Sukan Olimpik Tokyo 2020 Makin Suram

ROGER FEDERER (SUI) TENNIS - THE CHAMPIONSHIPS - WIMBLEDON - ALL ENGLAND LAWN TENNIS AND CROQUET CLUB - ATP - WTA - ITF - WIMBLEDON - SW19 - LONDON - GREAT BRITAIN - 2021 © TENNIS PHOTO NETWORK
Kongsikan Artikel Ini

TOKYO, 14 Jul – Beberapa hari lagi menjelang temasya sukan terbesar dunia, lagi khabar buruk menimpa tuan rumah penganjur, Jepun.

Pemilik 20 gelaran Grand Slam, Roger Federer dan bintang Great Britian, Johanna Konta menjadi nama besar terbaharu menarik diri daripada acara tenis di Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Bekas pemain nombor satu dunia dan legenda Switzerland, Federer mengumumkan penarikan diri hari ini kerana masih dalam proses pemulihan kecederaan lutut yang menyebabkan dia tersingkir pada suku akhir di Wimbledon minggu lalu.

“Ketika sesi latihan di padang rumput, saya mengalami rasa sakit yang berulang di lutut dan sebab itu saya terpaksa membuat keputusan menarik diri dari Sukan Olimpik Tokyo.

“Saya mahu mendoakan selamat berjaya buat seluruh kontinjen Switzerland. Saya akan memberi sokongan padu dari jauh,” kata Federer, yang menjalani dua pembedahan lutut tahun lalu.

Johanna Konta

Bekas pemain No. 4 dunia, Konta, 30, pula terpaksa menarik diri akibat positif Covid-19.

Tenis Sukan Olimpik sudahpun kehilangan ramai bintang seperti Rafael Nadal, Dominic Thiem, Stanislas Wawrinka, Nicholas Kyrgios, Serena Williams, Simona Halep dan Bianca Andreescu.

Juara Wimbledon yang juga pemain ranking nombor satu dunia, Novak Djokovic pula masih 50-50 sama ada mahu beraksi di Tokyo atau tidak.

– AGENSI

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Sukan

Kongsikan Artikel IniTOKYO, 24 Jul – Misi atlet gimnastik artistik negara Jeremiah Loo Phay Xing untuk layak ke pusingan akhir acara all-around lelaki Olimpik...

Sukan

Kongsikan Artikel IniTOKYO, 24 Jul – Atlet angkat berat Uganda yang hilang di Jepun minggu lalu selepas impiannya untuk beraksi di Sukan Olimpik Tokyo...

Sukan

Kongsikan Artikel IniTOKYO, 23 Jul – Sukan Olimpik Tokyo 2020 akhirnya disingkap secara rasmi malam ini dalam stadium ‘tanpa penonton’ yang ditangguhkan selama setahun,...

Sukan

Kongsikan Artikel IniTOKYO, 23 Jul – Saksikan siaran langsung upacara Perasmian Sukan Olimpik Tokyo 2020 menerusi siaran live di bawah.     http://liveonhditv.com/Olympic-Ceremony https://sportspctv.com/Tokyo-Olympics2020/

Copyright © 2021 Media Rania