Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

#KerajaanGagal: PH Desak Henti Sekat Pergerakan Rakyat, Ubah Fokus Pengurusan Covid-19

Kongsikan Artikel Ini

Jawatankuasa Ekonomi Pakatan Harapan mendesak kerajaan untuk mengubah fokus pengurusan Covid-19 dengan menggunakan pendekatan bersasar melalui kaedah pengenalpastian pantas, pengasingan dan pengekangan jangkitan, berbanding melaksanakan sekatan pergerakan kepada orang ramai.

PH berkata, perubahan strategi ini akan merintis langkah awal kepada pembukaan semula kegiatan ekonomi secara berperingkat yang akan dapat memulihkan pasaran pekerjaan dan meredakan kebimbangan para pelabur.

Jawatankuasa itu menegaskan, hasrat untuk membuka semula sektor ekonomi negara secepat mungkin tidak akan tercapai selagi menteri dan kerajaan Perikatan Nasional gagal untuk mengekang penularan wabak di tempat kerja.

“Siri lawatan kerja ke pelbagai negara asing oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mohamed Azmin Ali akan menjadi sia-sia sekiranya beliau dan seluruh Kabinet PN gagal menangani permasalahan pokok yang berisiko menarik keluar pelabur sedia ada.

“Kewujudan, kluster-kluster tempat kerja sepanjang tempoh PKP membuktikan bahawa kita tidak lagi boleh menggunakan takrifan kabur mengenai tahap keperluan sesuatu sektor ekonomi sebagai kayu ukur untuk diberikan kebenaran terus beroperasi.

“Sebaliknya, kebenaran beroperasi haruslah diberikan berdasarkan penilaian saintifik ke atas risiko penyebaran jangkitan dalam sektor ekonomi tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan tersebut dibuat bersama AMANAH, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, dan Pemudanya, Ammar Atan serta Sheikh Khuzaifah Sheik Abu Bakar; DAP, Tony Pua Kiam Wee, Raja Iskandar Fareez dan E Hun Tan; manakala PKR pula, Wong Chen, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew dan Noor Amin Ahmad.

Sementara itu PH menegaskan, dengan pendekatan itu, prosedur operasi standard (SOP) akan terarah kepada usaha-usaha mengurangkan risiko jangkitan di tempat kerja seperti meningkatkan kualiti pengudaraan di ruang tertutup.

Selain itu katanya, kegiatan operasi di luar premis dan di ruangan terbuka akan dikategorikan sebagai berisiko rendah dan dapat diteruskan dengan mematuhi arahan penjarakan fizikal.

Justeru itu, PH sekali lagi menggesa kerajaan untuk berbelanja dan melabur untuk meningkatkan kapasiti perkhidmatan kesihatan awam serta mewujudkan ruang kalis pandemik demi kelangsungan kegiatan
ekonomi.

“Kerajaan perlu membelanjakan sekurang-kurangnya RM15 bilion dalam bentuk geran, pembiayaan mudah dan insentif cukai untuk mewujudkan ruang kerja, kilang dan kuarters pekerja yang kalis pandemik.

“Mewajibkan ujian saringan bersubsidi di tempat kerja secara berkala sebagai langkah pencegahan awal membendung penularan wabak

“Meningkatkan peruntukan untuk menambah kapasiti perkhidmatan kesihatan awam demi menangani wabak Covid-19 dan varian-varian baru virus tersebut,” ujarnya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 3 Dis – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli mendedahkan beliau adalah seorang daripada yang mewakili Pakatan Harapan (PH) dan KEADILAN merundingkan...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 3 Dis – ‘Kepulangan’ Mohd Rafizi Ramli dalam gelanggang politik ternyata berbaloi apabila dilantik dalam Kabinet selepas Pakatan Harapan (PH)...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 3 Dis – Empat senator mengangkat sumpah di Dewan Negara pagi ini, susulan pelantikan mereka ke dalam kabinet malam tadi....

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 2 Dis – Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli dinamakan sebagai Menteri Ekonomi menggantikan bekas Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER