Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

KANTOI – Akaun Twitter Anak Azmin Diserang Netizen

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 13 Jul – Kenapa pulak dipadamkan?

Salah seorang anak Azmin Ali menjelaskan bahawa keluarganya tidak mengikuti Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dalam lawatan rasmi ke Turki.

Menteri kanan itu menerima kecaman semalam setelah dia melawat bangunan bersejarah, Hagia Sophia ketika berada di Turki.

Pada mulanya terdapat dakwaan bahawa Azmin membawa keluarganya dalam lawatan itu.

Bagaimanapun anak perempuan Azmin, Farah Amira malam tadi cuba menjelaskan perkara sebenar menerusi media sosial.

“Tak tahu macam mana lagi nak buktikan kita orang dekat Malaysia,” katanya sambil memaparkan gambar dia dan adik-beradiknya di depan televisyen yang menunjukkan saluran TV3.

Dia juga menyiarkan gambar dan kapsyen yang sama di Instagram Story.

Tidak kelihatan dalam gambar itu adalah isteri Azmin, Shamsida Taharin.

Pemandu pelancong yang membawa Azmin mengelilingi Hagia Sophia pada mulanya menyiarkan di Instagram yang dia membawa menteri itu “dan keluarganya” di sekitar lokasi bersejarah itu.

Lelaki itu pada awalnya menulis di Instagram bahawa dia menjadi pemandu pelancong untuk Azmin dan “keluarganya”. Pun begitu, perkataan “keluarga” itu kemudian dikeluarkan.

Hantaran itu akhirnya dipadamkan daripada akaun Instagram miliknya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniSHAH ALAM, 25 Sep – Pakatan Harapan (PH) tidak akan membuka pintu rundingan dengan mana-mana parti daripada Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKANGAR, 25 Sep – Mana-mana kerajaan yang bertanggungjawab akan memanggil Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dalam keadaan paling sesuai dengan mengambil kira...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 25 Sep – Seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) berkata, akar umbi parti itu boleh menjadi “lemah semangat” jika Pakatan...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 24 Sep – Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkata Pakatan Harapan (PH) sukar melakukan reformasi ketika mentadbir 22 bulan di bawah...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER