Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Antarabangsa

Apa Punca Hotel Runtuh Di China?

Kongsikan Artikel Ini

SHANGHAI, 13 Jul – Pasukan penyelamat berjaya mengeluarkan tujuh mangsa lagi yang tersepit di bawah runtuhan sebuah hotel bajet dalam kejadian di bandar Suzhou, timur China, lapor media tempatan hari ini.

Hotel Siji Kaiyuan itu dilaporkan runtuh petang semalam dengan maklumat awal pihak berkuasa mengatakan kejadian terbabit mengorbankan seorang mangsa.

Mangsa terbaharu yang dikeluarkan itu menjadikan jumlah yang berjaya diselamatkan setakat ini ialah 14 orang, lapor People’s Daily.

Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut diberikan mengenai jumlah sebenar mangsa yang masih hilang dan punca kejadian itu belum dipastikan.

Punca kepada segala masalah di Malaysia – AZMIN ALI

Hotel yang dibuka pada 2018 itu mempunyai 54 bilik penginapan.

Beberapa imej yang disiarkan menunjukkan anggota penyelamat mengerumuni kawasan runtuhan untuk mencari mangsa.

Pada Mac lalu sebuah lalu, sebuah hotel yang dijadikan sebagai pusat kuarantin pesakit Covid-19 dilaporkan runtuh hingga mengorbankan 29 mangsa.

Pihak berkuasa yang melakukan siasatan lanjut kemudiannya mendapati tiga tingkat bangunan terbabit dibina secara haram sebagai tambahan kepada struktur asal empat tingkat hotel berkenaan.

Inilah punca awal yang dapat dikenal pasti selain pembongkaran isu lain seperti kemungkinan rasuah berlaku atau kegagalan rekabentuk hotel yang menyebabkan ia musnah akibat beban berlebihan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniPHNOM PENH, 22 Sep – Mahkamah jenayah perang Khmer Rouge yang disokong Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) di Kemboja bersetuju mengekalkan sabitan...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniLONDON, 21 Sep – Pemimpin seluruh dunia mengecam tindakan Presiden Vladimir Putin yang mengarahkan kerahan tentera ke Ukraine serta memberi amaran bahawa...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniYANGON, 21 Sep – Junta hari ini memberi amaran kepada orang awam di Myanmar supaya tidak menunjukkan sokongan moral kepada kumpulan penentang...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniMEXICO CITY, 20 Sep – Ia sepatutnya hanya latihan, namun siapa sangka kejadian sebenar berlaku. Itulah yang berlaku ke atas penduduk bandar...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER