Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Negeri

Perikatan Nasional Hilang Dedikasi Bantu Rakyat – Dr Tan Yee Kew

Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew menziarahi salah seorang penerima bantuan di kawasan beliau semalam - Foto: Facebook Page Dr Tan Yee Kew
Kongsikan Artikel Ini

WANGSA MAJU, 11 Jul – Telah diumumkan bahawa PKPD akan berakhir di beberapa kawasan mulai 11hb Julai 2021, tetapi adakah ia berita baik untuk rakyat?

Di Wangsa Maju, Kampung Padang Balang masih lagi dalam keadaan perintah berkurung ditambah dengan kes sporadik yang semakin menular di banyak kawasan.

Salah seorang penduduk yang terkesan akibat PKPD berbincang dengan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew – Foto: Facebook Page Dr Tan Yee Kew

Oleh kerana permintaan bakul makanan semakin banyak, Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew telah memulakan Program Bantuan Bakul Makanan dan dikelolakan oleh KEADILAN Wangsa Maju.

Dalam tempoh yang singkat, lebih daripada 2000 permohonan bantuan makanan telah dibuat daripada rata-rata kesemua kawasan daerah mengundi di dalam Parlimen.

Menurut Andre Lai, Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju, ia adalah biasa untuk menerima permintaan bantuan makanan di kawasan rumah kos rendah seperti PPR Gombak Setia, Bandar Baru Wangsa Maju (Flat Seksyen 1 & 2) dan Flat Danau Kota.

Petugas Pusat Khidmat Parlimen Wangsa Maju menyediakan bakul makanan untuk diagihkan kepada rakyat terkesan akibat Covid-19 – Foto: Facebook Page Dr Tan Yee Kew

Namun untuk PKP3.0, beliau mendapati permohonan luar biasa daripada kawasan rumah teres bertingkat seperti di Wangsa Melawati dan Taman Ibukota.

Tinjauan mendapati, kebanyakkan pemohon telah kehilangan sumber pendapatan dan simpanan bank yang semakin berkurangan.

Ada di kalangan mereka tinggal di rumah yang selesa, tetapi status sebelum ini yang dikatakan elit, tidak lagi membawa apa makna apabila ekonomi negara yang menjunam akibat kegagalan darurat mengawal jangkitan pandemik.

Biarpun agak beriskio apabila ambulans membawa pesakit Covid-19 melalui jalan tersebut, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew sempat menghulurkan bantuan kepada penduduk yang terputus bekalan keperluan asas – Foto: Facebook Page Dr Tan Yee Kew

Semasa mereka dalam Kerajaan Perikatan Nasional membuat percaturan politik masing-masing, pemimpin KEADILAN saban hari berusaha untuk mengharungi kekangan mereka yang sempit dalam kehidupan.

Untuk rakyat jelata, tidak ada lagi jurang yang ketara, tidak kira apa latar belakang atau status masing-masing.

Walaupun berdepan dengan ancaman pandemik, sering kali NGO dan parti politik pembangkang khususnya KEADILAN lah yang sentiasa kehadapan.

Penduduk Wangsa Maju menerima sumbangan bakul makanan daripada Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew -Foto: Facebook Page Dr Tan Yee Kew

Di sebalik sumbangan mencurah-curah masuk ke pejabat ahli parlimen pembangkang seperti Dr Tan Yee Kew, tetapi dedikasi daripada kerajaan tidak kelihatan. Tidak kira vaksinasi, kawalan pergerakan, atau bantuan meringangkan beban rakyat, tidak ada iltizam yang dapat disempurnakan oleh pihak pemerintah.

Segala yang telah berlaku, amat sukar untuk melupakan keperitan setiap orang Malaysia.

Memetik dari kenyataan Datin Paduka Dr Tan Yee Kew, Ahli Parlimen Wangsa Maju – Pandemik yang melumpuhkan negara akan menjadi ingatan bersama generasi ini untuk tahun-tahun mendatang.

– MEDIA RANIA

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 7 Dis – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Sembilan perlu mengambil tindakan segera dan mencari punca kekerapan berlakunya banjir kilat...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 4 Dis – Mesyuarat khas Kabinet yang akan berlangsung esok, dijangka memberi tumpuan khusus pada isu menangani kenaikan kos sara...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 2 Dis – Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli dinamakan sebagai Menteri Ekonomi menggantikan bekas Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 2 Dis – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) komited mempercepatkan kajian ke atas kerangka pengurusan kandungan dalam talian bagi...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER