Sukan

Djokovic Ungguli Gelaran Wimbledon Keenam

Kongsikan Artikel Ini

LONDON, 11 Jul – Pemain tenis nombor satu dunia, Novak Djokovic menepati ramalan apabila merangkul gelaran Wimbledon keenam untuk menghimpun 20 gelaran Grand Slam sekali gus menyamai pencapaian seteru utamanya, Roger Federer dan Rafael Nadal.

Gelaran itu diraih Djokovic selepas bangkit membenam pemain dari Itali, Matteo Berrettin 6-7 (4-7), 6-4, 6-4, 6-3 di hadapan lebih 15,000 penyokong di Centre Court, sebentar tadi.

Berrettini yang juga pilihan ketujuh dari Itali mendapat sokongan padu, namun gagal mengekalkan kelebihan pada final major pertamanya itu.

Selaku pilihan utama, Djokovic sudah memenangi tiga gelaran Grand Slam pada tahun ini.

Susulan kejayaan merangkul Terbuka Australia dan Terbuka Perancis sebelum ini, pemain Serbia itu muncul pemain kelima dalam sejarah dan juga pemain kedua dalam Era Terbuka selepas Rod Laver pada 1969 – merangkul tiga gelaran major pertama dalam semusim.

Berdasarkan kejayaan terbarunya di Wimbledon, dia kini hanya selangkah untuk menjadi pemain kedua yang merangkul ‘Golden Slam’.

Hanya Steffi Graf berjaya melakukannya pada 1988 apabila pemain wanita dari Jerman itu memenangi kesemua empat gelaran major dan Olimpik dalam satu tahun kalendar.

– AGENSI

FAKTA

Grand Slam Dalam Setahun:

1. Terbuka Australia – Melbourne

2. Terbuka Perancis – Paris

3. Terbuka United Kingdom – Wimbledon

4. Terbuka Amerika Syarikat – New York

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLONDON, 31 Jan – Chelsea dilaporkan tidak berputus asa untuk mendapatkan pemain tengah Benfica, Enzo Fernandez selepas mem­buka semula pintu rundingan perpindahan...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 31 Jan – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar kontinjen Malaysia untuk melakar sejarah dengan membawa pulang pingat emas...

Sukan

Kongsikan Artikel IniPARIS, 26 Jan – Zlatan Ibrahimovic menganggap cara Argentina meraikan kejayaan selepas memenangi Piala Dunia sebagai melampaui batas. Skuad kendalian Lionel Scaloni...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLONDON: Deretan kemenangan Manchester United ditamatkan oleh sepakan percuma masa kecederaan Michael Olise yang memberikan Crystal Palace keputusan seri 1-1. Skuad kendalian...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER

Exit mobile version