Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

#KerajaanRuntuh: ‘Perang Covid-19 sengit sebab kurang penyelarasan, lambat bertindak’ – Jeneral ATM

Kongsikan Artikel Ini

Seorang jeneral tentera mendakwa ketiadaan tindakan secara menyeluruh dan penyelarasan arahan telah menyumbang kepada persoalan mengapa negara tidak dapat melawan gelombang Covid-19 ketika ini.

Ketua Pengurusan Bahagian Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia, Brigadier Jeneral Dr Mohd Arshil Moideen pada wawancara dengan Astro Awani, juga turut menyebut mengenai kelewatan dalam kawalan, diagnosis dan pengasingan kes Covid-19.

“Apa yang saya nampak ialah ketiadaan ‘unified action’ dan ‘coordination’ daripada ‘top down’.

“Saya memberi komen daripada sudut pandang profesional di mana ada banyak perkara yang telah diputuskan di Pusat tetapi implementasinya di peringkat setiap negeri lain.

“Begitu juga satu negeri implementasinya di setiap daerah lain, ini yang dapat kita lihat apabila ketiadaan ‘unified action’ dan ‘coordination’.

“Dalam sebuah peperangan seperti peperangan melawan Covid-19 kita perlu ada satu ‘line of command single standardize strategy’ yang semua boleh ikut,” katanya seperti dilaporkan Astro Awani.

Mohd Arshil berkata masalah itu juga disebabkan oleh tindakan kawalan yang tidak cukup pantas.

“Jika di dalam tentera, kita panggil ‘speed of action military precision’.

“Ini adalah sesuatu yang saya tahu sukar dilakukan kerana sama ada kita ketiadaan sumber atau mungkin kekangan tertentu yang kita faham Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan agensi lain hadapi dan sedang berusaha keras, tetapi inilah hakikatnya,” katanya.

Katanya, “contain” diagnosis dan pengasingan kes Covid-19 memerlukan masa dan tidak cukup pantas untuk mengekang penyebaran virus itu di kawasan kes yang terlalu tinggi.

Kes baru terus mencapai rekod tertinggi hari ini – dengan 9,353 kes baru berbanding semalam 9,180 kes.

Lebih daripada 4,000 kes hari ini membabitkan di Selangor.

Dr Jemilah Mahmood, penasihat kesihatan awam khas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, memuji komen Mohd Arshil.

“Tepat dan betul kata tuan,” ciapnya di Twitter.

Setelah Jemliah berkongsi wawancara Astro Awani, netizen bertanya sekiranya Muhyiddin tidak mendengar nasihatnya. Komen Jemilah kemudiannya dipadamkan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 5 Dis – Bermula 1 Januari depan, cabutan khas nombor ramalan dikurangkan kepada lapan kali setahun berbanding 22 kali pada era...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 5 Dis – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet Kerajaan Perpaduan di Perdana Putra di...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 5 Dis – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menjelaskan tumpuan segera beliau ialah membantu menyediakan Bajet 2023. Katanya, penyediaan belanjawan itu...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 5 Dis – Rafizi Ramli menafikan dakwaan mengugut untuk ‘mencari’ Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER