Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Pendapat

Berapa Lama Lagi Rakyat Mampu Bertahan Dalam Kesengsaraan Di Bawah Kerajaan Gagal Mahiaddin Ini?

Kongsikan Artikel Ini

Sejak UMNO mengumumkan menarik sokongan terhadap Mahiaddin Md Yasin Rabu lalu, soalan paling kerap ditanyakan kepada saya ialah bila Perdana Menteri mahu letak jawatan?

Kawan-kawan, kaum keluarga dan dengan sesiapa yang saya sempat bertemu dan berbual-bual, apabila perbualan berkisar tentang Covid19, susulannya mereka pasti akan bertanya tentang kedudukan Mahiaddin sebagai Perdana Menteri.

Ternampak dalam hal ini, rakyat sekarang sudah tidak tahan dan begitu mengharapkan beliau akan segera mengundurkan diri.

Penarikan sokongan secara serta-merta oleh UMNO itu, dari segi prinsip dan moralnya, memang suatu pukulan maut yang memerlukan Mahiaddin meletak jawatan.

Dengannya Mahiaddin sudah sah tiada lagi majoriti kerana sebagaimana ketika beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri dahulu yang antaranya melalui sokongan ketua-ketua parti, termasuk daripada Zahid Hamidi, kini sokongan daripada UMNO yang mewakili 39 Ahli Parlimen sudah pun ditarik balik.

Bermakna dari segi moral dan prinsipnya, walaupun belum disahkan melalui undi di dalam Parlimen, kiranya Mahiaddin seorang yang berprinsip dan bermoral tinggi dalam hidupnya, beliau wajib meletakkan jawatannya.

Menunggu sehingga sidang Parlimen diadakan atau meminta Peguam Negara memberikan hujah bahawa kenyataan ketua parti sebagai tidak sah untuk menjatuhkan Perdana Menteri, tidak lebih hanya helah Mahiaddin semata-mata.

Jika tidak sah dijatuhkan melalui sokongan parti, mengapa semasa dilantik dahulu, sokongan ketua-ketua parti dianggap sebagai tidak sah?

Mengapa selepas dilantik, Mahiaddin tidak pernah, malah mengelak-ngelak untuk mengesahkan kedudukannya di dalam Parlimen?

Terlihat di sini Mahiaddin bukanlah seorang pemimpin yang bermoral tinggi dan berprinsip dalam perjuangan politiknya.

Daripada mula dilantik melalui pengkhianatan dan pintu belakang, ketika berkuasa dengan mengelak keduduknnya disahkan di Parlimen dan sehinggalah hampir dijatuhkan sekarang, semua kaedah yang digunakannya seperti melaksanakan darurat adalah bertentangan dengan prinsip moral yang sepatutnya.

Maka, untuk mengharapkan beliau jadi bermoral dan berprinsip dengan sedia meletakkan jawatan hanya kerana ketetapan UMNO yang telah menarik sokongan terhadapnya dan dengan itu kedudukannya tiada lagi majoriti, boleh dikata mustahil sekali.

Sebagaimana sebelum ini beliau selalu mengelak-ngelak dan menggunakan pelbagai strategi bagi mempertahankan jawatannya, selepas ini pun beliau akan terus berdalih lagi dengan pelbagai alasan yang lain.

Nama untuk meletak jawatan begitu saja dan semata-mata disebabkan ada tekanan, mustahil sekali kita berharap dengannya.

Cuma, dengan hidup rakyat makin sengsara, ekonomi makin parah dan kegagalan kerajaan terus bertambah, berapa lama lagikah rakyat sanggup hidup di bawah kepimpinan Perdana Menteri yang gagal dengan teruk ini?

PKP demi PKP, darurat lagi dan dengan pelbagai SOP diperkenalkan, tetapi melihatkan angka kes makin meninggi yang membuatkan rakyat dikurung di rumah sudah entah berapa ratus hari, perasaan sakit hati dan marah mereka kepada kerajaan dan Mahiaddin memang di tahap paling tinggi sekarang ini.

Di kalangan rakyat biasa dan di ceruk mana sekali pun tika ini, hampir tidak kedengaran lagi suara yang menyokong dan memujinya.

Tambahan lagi, di sebalik kes yang kian meninggi setiap hari dan ramai yang bunuh diri, Mahiaddin tetap sanggup berbelanja besar membuat perlantikan demi perlantikan, termasuk mengisi jawatan Timbalan Perdana Menteri demi untuk mengekalkan lagi kuasanya.

Realitinya perlantikan Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri di mana sebelum ini peranannya adalah mengetuai kluster keselamatan berkaitian Covid19 tidak mungkinmembawa apa-apa perubahan kepada usaha membendung dan menangani krisis yang sedang negara hadapi, melainkan untuk kepentingan politik Mahiaddin dan untuk tujuan menghuru-harakan lagi UMNO.

Dalam amalan demokrasi berparlimen di bawah sistem Raja Berperlembagaan yang kita amalkan, pertukaran kerajaan atau Perdana Menteri hanya boleh berlaku melalui tiga cara – pilihanraya umum, undian di Parlimen atau Perdana Menteri itu sendiri meletak jawatan yang bermakna kerajaan akan tumbang dengan sendirinya.

Menjatuhkan Perdana Menteri atau kerajaan melalui kebangkitan rakyat tidak pernah lagi berlaku di negara kita, meskipun di banyak negara lain ia sudah dianggap perkara biasa.

Di negara jiran seperti Thailand dan Indonesia misalnya, kebangkitan rakyat dengan demontrasi berhari-hari di jalanraya sudah pernah membuahkan kejayaan menukar kerajaan dan Perdana Menteri.

Apakah jika kedegilan Mahiaddin untuk berundur kian berpanjangan, sementara ruang untuk menukar Perdana Menteri melalui proses Parlimen terus ditutup dengan pelbagai helah serta alasan, ditambah dengan hidup rakyat yang kian sengsara dan tertekan, semua itu akhirnya mampu mencetuskan suatu kebangkitan rakyat yang tidak pernah kita bayangkan?

Shahbudin Husin 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 24 Sep – Anwar Ibrahim menempelak penyokong Najib Razak kerana menyamakan rawatannya ketika di penjara dengan bekas perdana menteri itu. Pada...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 22 Sep – Sebagai tindak balas untuk mempertahankan Najib Razak yang kini disahkan dirawat di Pusat Rehabilitasi Cheras atau HRC, media...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 22 Sep – 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗘𝗗𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗚𝗘𝗥𝗔 – 𝗗𝗪𝗜𝗕𝗔𝗛𝗔𝗦𝗔 𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔 | 𝟮𝟮 𝗦𝗲𝗽𝘁 𝟮𝟬𝟮𝟮 𝟱𝗚 – 𝗔𝗽𝗮𝗸𝗮𝗵 𝗜𝗻𝘁𝗶𝗽𝗮𝘁𝗶 𝗣𝗲𝗿𝗷𝗮𝗻𝗷𝗶𝗮𝗻 𝗱𝗶 𝗮𝗻𝘁𝗮𝗿𝗮...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 21 Sep – Jabatan Penjara Malaysia akhirnya mengesahkan banduan Najib Razak kini menerima rawatan dan pemantauan lanjut di Hospital Rehabilitasi Cheras...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER