Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Komuniti

#KerajaanGagal: Bila Bendera Putih Ganti Kaedah Lama

Kongsikan Artikel Ini

“Kita kena balik kepada sistem yang asal, kena maklumlah kepada jiran tetangga dan orang tempatan, dan pentingnya sistem wali atau sistem keluarga yang sebenarnya boleh pergi maklum kepada tok imam dan tok penghulu.

“Dan, jika memerlukan bantuan atau tindakan segera, mereka yang ingin dibantu ini juga boleh maklum kepada pemimpin-pemimpin tempatan,” begitulah kata Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Kelantan Mumtaz Md Nawi pada 7 Julai lalu.

Membaca gerak kerja sistem bantuan seperti yang dinyatakan di atas juga sudah “macam-macam”. Ditambah pula dengan tindakan yang lambat daripada pihak berwajib, ketirisan bantuan serta kerenah birokrasi, semuanya menyebabkan sistem lama sudah tidak terpakai sama sekali.

Ini adalah cerita kaedah lama yang sudah sebati dengan kita. Pada akhirnya, kaedah lama ini semakin diketepikan.

Sistem ciptaan manusia tidak pernah solid. Ia perlu dikemas kini mengikut zaman. Kita sekarang berada pada “zaman tular”; atau dalam perkataan lain, zaman media sosial.

Segala macam hal atau isu akan dibentang dan diperdebatkan di media sosial. Ini kaedah zaman sekarang dan terbukti kaedah ini berjaya.

Sebagai contoh beberapa dasar yang telah ditetapkan oleh kerajaan – apabila dipolemikkan di media sosial – akhirnya terpaksa dibatalkan. Kerajaan tidak ada pilihan kecuali membuat pusingan U demi memenuhi tuntutan rakyat.

Begitu juga dengan sektor-sektor kerajaan dan swasta yang mula membuka ruang komunikasi dengan orang ramai melalui media sosial ini.

Maknanya, pendekatan bendera putih sekarang lebih praktikal berbanding sistem lama seperti yang dinyatakan exco tersebut. Malah lahirnya gerakan #benderaputih ini pun melalui media sosial juga.

Kaedah bendera putih juga lebih telus dan cepat tanpa perlu melalui sistem yang berbelit-belit. Pihak yang perlu ditolong mendapat bantuan secara langsung daripada penduduk setempat.

Ini merupakan budaya kolektivisme yang sering diguna pakai dalam sistem demokrasi secara langsung. Ini juga kaedah yang lebih manusiawi tanpa perlu masuk ke jalan politik yang sering kali hanya mementingkan pihak atau kelompok tertentu.

Ini serupa demokrasi langsung (direct democracy) – apabila rakyat membuat keputusan dan inisiatif tertentu secara langsung tanpa campur tangan parti politik.

Pendekatan demokrasi langsung berbeza dengan kebanyakan demokrasi sedia ada, apabila ia merupakan demokrasi melalui wakil atau demokrasi berparlimen.

Secara tidak langsung, demokrasi langsung lebih mengangkat hal-hal manusiawi mendahului hal-hal lain termasuk urusan parti politik.

Seperti kata salah seorang tokoh demokrasi langsung, Peter Kropotkin (1842-1921): “Kecenderungan saling membantu dalam diri manusia memiliki asal-usul yang begitu jauh, dan begitu erat terjalin dengan semua evolusi masa lalu umat manusia, yang telah dipertahankan oleh umat manusia hingga saat ini, terlepas dari semua perubahan sejarah.”

Tidak ada logo, tidak ada warna selain warna putih, daripada rakyat untuk rakyat. Ini simbol kematian sistem lama yang dipraktik sebelum ini. Juga merupakan puncak penentangan golongan marhaen yang menafikan segala macam hal birokrasi.

Saya sudahi tulisan ini dengan petikan khutbah singkat dari Syeikh Abdul Qadir al-Jilani: “Satu suap kau masukkan dalam perut orang yang lapar lebih baik dari membangun seribu masjid, lebih baik daripada memberi kiswah Kaabah dengan kain sutera. Dan lebih baik dari orang yang qiamullail dan rukuk. Lebih baik daripada berjihad melawan kekafiran dengan pedang yang terhunus. Lebih baik dari berpuasa sepanjang tahun sewaktu musim panas. Jika tepung itu masuk ke dalam perut orang yang lapar, maka ia mempunyai cahaya seperti cahaya matahari yang terang benderang. Sungguh beruntung bagi orang yang memberi makan orang yang lapar.”

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniKENYATAAN MEDIA TIMBALAN KETUA PENERANGAN KEADILAN Oleh: Razeef Rakimin Ahad 04 Disember 2022 SANUSI KETERLALUAN LABEL PENYOKONG SENDIRI SEBAGAI PENGEMIS, BODOH Saya...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 4 Dis – Terasa lucu pula bila membaca kenyataan Mahiaddin Md Yasin yang mengecam susunan kabinet Anwar Ibrahim sebagai paling mengecewakan...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 2 Dis – Subsidi dan pembaharuan fiskal dijangka menjadi cabaran paling besar kepada kerajaan baharu di bawah pimpinan Perdana Menteri ke-10,...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 1 Dis – Meneliti perbualan telefon Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan yang merakamkan ucapan tahniah beberapa...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER