Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Negeri

Apa Yang Anda Kenang Dengan Pandemik Ini? – Dr Tan Yee Kew

Ahli Parlimen KEADILAN Wangsa Maju, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew bersama pasukan pusat khidmat mula bergerak ke seluruh kawasan terjejas.
Kongsikan Artikel Ini

Pasukan Pusat Khidmat Parlimen Wangsa Maju bersedia membantu anda!

PENDAPAT, 9 Jul – Pandemik yang melumpuhkan negara akan menjadi ingatan bersama generasi ini untuk tahun-tahun mendatang

Di tengah-tengah himpunan kisah sedih yang melanda kita; pekerja yang diberhentikan, pusat beli-belah yang kosong lengang, keluarga yang terpaksa tinggal di jalanan dan anak-anak yang kelaparan, kita tidak akan lupa bagaimana rakyat bertahan daripada kesukaran dan sengsara, bagaimana kemampuan mereka membangunkan diri sendiri, semangat berkongsi dan mengambil berat sesama kita telah menyatukan rakyat negara ini yang berlainan agama, bangsa dan etnik bagi memperjuangkan survival nusa bangsa ini.

Antara barangan yang disediakan apabila kempen “Bendera Putih” mula tular di media sosial

Dan kita akan ingat semangat bendera putih.

Sejak wabak dan pelaksanaan PKP, pusat khidmat saya telah menerima banyak sumbangan barangan makanan, ada yang datang dengan trak, ada yang dalam kotak.

Dan saya akan selalu teringat pemuda pemalu yang datang ke pejabat kami dengan beberapa tin Milo semata-mata ingin menyumbangkan Milo tersebut.

Tiada seorang pun penderma yang meminta agar sumbangan mereka diberikan hanya kepada orang Melayu, atau Cina, atau India, Muslim atau Hindu, atau Buddha.

Penghantaran bekalan makanan diselaraskan melalui Pusat Khidmat Parlimen Wangsa Maju

Mereka hanya meminta sumbangan ini diberikan kepada yang memerlukan.

Ketika wabak Coronavirus melanda negara, semangat kemanusiaan terus lahir sesama kita.

Bravo rakyat Malaysia!

YB DATIN PADUKA DR TAN KEE YEW
AHLI PARLIMEN WANGSA MAJU
PARTI KEADILAN RAKYAT

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 24 Sep – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan terus mencatat sejarah tersendiri apabila menerima Sijil Audit Negara pada hari yang...

Negeri

Kongsikan Artikel IniREMBAU, 23 Sep – “Kali terakhir seorang Menteri Besar menjejakkan kaki ke kampung ini adalah pada 45 tahun lalu”. Itulah ayat pertama...

Negeri

Kongsikan Artikel IniBATU PAHAT, 23 Sep – Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka di negeri ini, membabitkan daerah ini dan juga Pontian setakat...

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 21 Sep – Berita baik buat semua penyokong Pakatan Harapan (PH) apabila rundingan kerusi yang akan ditandingi pada Pilihan Raya Umum...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER