Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

Apa Sebenarnya Tujuan PKP Dan Darurat Ni ?

Kongsikan Artikel Ini

Tujuan utama pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan proklamasi darurat terus dipertikaikan selepas kes penularan pandemik Covid-19 semakin meningkat dan sektor kesihatan hampir lumpuh.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertikaikan sama ada Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sedia mengambil langkah proaktif supaya krisis kesihatan dalam negara dapat dipulihkan.

“Cukuplah raikan kegagalan ini. Rumah-rumah sakit makin sesak, rakyat makin tertekan dan seolah-olah seperti tiada jalan keluar.”

“PKP dan pengisytiharaan darurat ini untuk apa sebenarnya?” soal Anwar menerusi laman Twitternya.

Anwar berkata demikian dengan mengulang ciapan daripada laman akaun Twitter rasmi Kementerian Kesihatan (KKM) yang mengumumkan jumlah kes Covid-19 hari ini.

Kes penularan wabak Covid-19 hari ini kembali mengejutkan apabila jumlah kes yang direkodkan adalah sebanyak 9,180 kes.

Walaupun selepas pengisytiharan darurat bagi menangani ancaman Covid-19 yang berkuat kuasa 11 Januari lalu hingga 1 Ogos dan perdana menteri juga mengumumkan total lockdown pada awal Jun lalu, namun jumlah kes Covid-19 tidak menunjukkan sebarang trend penurunan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniSHAH ALAM, 25 Sep – Pakatan Harapan (PH) tidak akan membuka pintu rundingan dengan mana-mana parti daripada Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKANGAR, 25 Sep – Mana-mana kerajaan yang bertanggungjawab akan memanggil Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dalam keadaan paling sesuai dengan mengambil kira...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 25 Sep – Seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) berkata, akar umbi parti itu boleh menjadi “lemah semangat” jika Pakatan...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 24 Sep – Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkata Pakatan Harapan (PH) sukar melakukan reformasi ketika mentadbir 22 bulan di bawah...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER