Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

TERKINI – Peguam Negara Ke Kediaman Peribadi PM

Kongsikan Artikel Ini

KUAL LUMPUR, 8 Jul – Susulan penarikan sokongan UMNO terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Mahiaddin Yasin awal pagi tadi, beberapa kenderaan dipercayai membawa Peguam Negara, Idris Harun memasuki kediaman peribadi Mahiaddidn di Bukit Damansara, kira-kira jam 9.45 pagi tadi.

Difahamkan, pertemuan mereka ada kaitan dengan keputusan majoriti dua pertiga yang dibuat ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang memutuskan menarik balik sokongan yang diberikan kepada Mahiaddin pada 11 Mac tahun lalu.

Semalam, sidang mesyuarat MKT UMNO memutuskan untuk menarik balik sokongannya serta-merta terhadap Mahiaddin.

Keputusan tersebut diumumkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam sidang media khas kira-kira jam 1.05 pagi tadi.

Menurutnya, selain kegagalan kerajaan menangani masalah Covid-19, ekonomi dan bebanan rakyat, UMNO juga tidak boleh berkompromi dengan melihat kerajaan memperkotak-katikkan institusi beraja hingga Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Pemerintah terpaksa berulang-kali mengeluarkan kenyataan media dan titah mengadap supaya Parlimen dibenarkan bersidang dan membahaskan Ordinan-Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara.

Tambahnya, berpandukan tujuh ketetapan MT UMNO semasa menyokong Muhyiddin pada tahun lepas, kerajaan Perikatan Nasional (PN) didakwanya gagal memenuhi segala garis panduan yang telah dikemukakan MT pada 11 Mac 2020.

Dalam masa yang sama, UMNO turut menegaskan parti itu juga tidak akan menyokong sebarang usaha mencalonkan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKANGAR, 25 Sep – Mana-mana kerajaan yang bertanggungjawab akan memanggil Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dalam keadaan paling sesuai dengan mengambil kira...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 25 Sep – Seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) berkata, akar umbi parti itu boleh menjadi “lemah semangat” jika Pakatan...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 24 Sep – Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkata Pakatan Harapan (PH) sukar melakukan reformasi ketika mentadbir 22 bulan di bawah...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniSHAH ALAM, 23 Sep – Presiden Umno yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi dibebaskan daripada 40 tuduhan menerima suapan...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER