Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

Bila Peguam Negara Bertindak Lebih Sebagai Ahli Politik PN..!

Kongsikan Artikel Ini

Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) membidas pendirian Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun berhubung kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat kepada Perdana Menteri, Tan Sri Mahiaddin Md Yasin.

Menerusi kenyataan bersama blok pembangkang itu, Idrus diingatkan bahawa Mahiaddin sendiri telah dilantik sebagai Perdana Menteri berdasarkan warkah ketua-ketua parti politik yang menyokong Presiden Bersatu tersebut.

Sokongan berkenaan, jelas PH, termasuk Presden Umno yang telah dipersembah kepada Yang di-pertuan Agong pada 29 Februari tahun lalu.

“Maka apabila ketua parti terbesar itu (Umno) mengumum menarik sokongan seperti yang berlaku sekarang, maka Perdana Menteri telah hilang sokongan asas parti tersebut dan seterusnya hilang sokongan majoriti Ahli Parlimen.

“Jelas sekali Peguam Negara bertindak lebih sebagai ahli politik PN (Perikatan Nasional) daripada mempertahankan keluhuran undang-undang,” menurut kenyataan bersama pimpinan tertinggi PKR, AMANAH dan DAP itu.

Sehubungan itu, ujar kenyataan tersebut lagi, Mahiaddin perlu meletak jawatan secara terhormat kerana telah hilang sokongan dan keabsahan sebagai Perdana Menteri.

Idrus berkata buat masa ini, kerajaan PN tidak mempunyai apa-apa fakta jelas yang menunjukkan bahawa Muhyiddin tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat.

Menurutnya, mengikut Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan, penentuan sama ada seseorang itu mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat hendaklah ditentukan oleh ahli-ahli Dewan Rakyat sendiri dan bukan melalui kenyataan oleh sesuatu parti politik ataupun mana-mana pemimpin parti politik.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 5 Dis – Bermula 1 Januari depan, cabutan khas nombor ramalan dikurangkan kepada lapan kali setahun berbanding 22 kali pada era...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 5 Dis – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet Kerajaan Perpaduan di Perdana Putra di...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 5 Dis – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menjelaskan tumpuan segera beliau ialah membantu menyediakan Bajet 2023. Katanya, penyediaan belanjawan itu...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 5 Dis – Rafizi Ramli menafikan dakwaan mengugut untuk ‘mencari’ Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER