Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Antarabangsa

12 Menteri Letak Jawatan Dalam Rombakan Kabinet

Kongsikan Artikel Ini

NEW DELHI, 8 Julai – Dua belas menteri, termasuk Menteri Kesihatan meletak jawatan semalam susulan lonjakan kes COVID-19 awal tahun ini.

Peletakan jawatan itu adalah sebahagian daripada rombakan dan pengembangan Kabinet Perdana Menteri Narendra Modi menjelang tujuh pilihan raya negeri pada 2022.

Menteri Kesihatan, Harsh Vardhan, 66, dikecam ketika lonjakan jangkitan COVID-19 pada April dan Mei lalu, susulan varian baharu virus itu dan kelemahan sekatan, selain beberapa minggu lalu, beliau dilaporkan berkata, India ‘di peringkat akhir’ pandemik.Perkhidmatan kesihatan berada dalam tekanan teruk di banyak kawasan dengan hospital kekurangan katil, oksigen perubatan dan ubat.

Angka kematian rasmi India melepasi 160,000 pada akhir Mac dan kini sudah melebihi 400,000 kes, selain ramai pakar percaya jumlah sebenar adalah beberapa kali ganda lebih tinggi.

Puluhan muka baharu dilantik menganggotai Kabinet baharu Modi, menjadikan keseluruhan seramai 77 menteri berbanding 52 orang sebelum ini.

Lebih 12 menteri berasal dari negeri seperti Uttar Pradesh dan Gujarat yang mewakili kasta dan komuniti serantau berbeza, faktor dominan dalam politik pilihan raya India.

Empat anggota dari selatan Karnataka juga dilantik termasuk jutawan media terkemuka, Rajeev Chandrasekhar dan Shobha Karandlaje.

Karandlaje memiliki beberapa kes polis susulan kenyataannya dikatakan anti-Muslim, manakala enam menteri wanita lain turut dilantik dalam Kabinet baharu.

Bagaimanapun, Kabinet baharu itu menyaksikan Menteri Undang-Undang, Keadilan dan Teknologi Maklumat, Ravi Shankar Prasad serta Menteri Penerangan, Penyiaran, Persekitaran dan Perubahan Iklim, Prakash Javadekar, disingkirkan.

Prasad, 66, dan Javadekar, 70, dilihat sebagai wajah kerajaan Parti Bharatiya Janata (BJP) dipimpin Modi, dengan beberapa laporan media mencadangkan mereka akan meneruskan gerak kerja parti menjelang pilihan raya utama negara.

Tujuh negeri akan mengadakan pilihan raya tahun depan, enam daripadanya dikuasai BJP termasuk Uttar Pradesh, negeri paling popular di India selain Gujarat dan Punjab.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER