Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

MKT Umno Telah Putuskan Tak Terima Jawatan TPM..!

Kongsikan Artikel Ini

Majlis Kerja Tertinggi Umno telah memutuskan untuk tidak terima jawatan Timbalan Perdana Menteri, kata Ketua Pemudanya, Asyraf Wajdi Dusuki tidak lama selepas Pejabat Perdana Menteri mengumumkan pelantikan Ismail Sabri.

“Jauh sekali melobi,” kata Asyraf menepis dakwaan Umno melobi jawatan itu sebagai “berita palsu”.

“Lagipun daripada melobi jawatan timbalan perdana menteri, lebih baik melobi perdana menteri untuk tambah baik bantuan rakyat.

“Rakyat terdesak perlu bantuan, bukan jawatan TPM,” katanya di Facebook.

Sementara itu, bekas presiden Umno, Najib Razak terkejut dengan pelantikan Ismail, namun mengucapkan tahniah kepada beliau dan Hishammuddin Hussein, yang dilantik sebagai menteri kanan keselamatan.

“Ingat ada pengumuman baik untuk keadaan Covid-19, moratorium yang lebih membebankan peminjam atau penambahan i-Citra tapi dapat pengumuman timbalan perdana menteri dan menteri kanan baharu pula,” katanya.

“Apapun, kita tunggu dan lihat apa keputusan mesyuarat MKT Umno malam ini,” katanya di Facebook.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 5 Dis – Bermula 1 Januari depan, cabutan khas nombor ramalan dikurangkan kepada lapan kali setahun berbanding 22 kali pada era...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 5 Dis – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet Kerajaan Perpaduan di Perdana Putra di...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 5 Dis – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menjelaskan tumpuan segera beliau ialah membantu menyediakan Bajet 2023. Katanya, penyediaan belanjawan itu...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 5 Dis – Rafizi Ramli menafikan dakwaan mengugut untuk ‘mencari’ Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER