Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Pendapat

PN Mesti Pergi, Untuk Rakyat Terus Hidup! – Tan Yee Kew

Kongsikan Artikel Ini

PENDAPAT, 6 Jul – Gambar mengerikan seorang lelaki menggantung diri di sebuah jejantas amat mengejutkan negara.

Menurut statistik polis, terdapat 468 kes bunuh diri dalam 5 bulan pertama tahun 2021, secara purata 3 kes bunuh diri berlaku setiap hari.

Kesan buruk akibat pandemik ini menyebabkan kira-kira 753,000 orang kehilangan pekerjaan. Lebih daripada 30,000 perniagaan telah gulung tikar sejak perintah PKP pertama kali dibuat bulan Mac tahun lalu dan SME Malaysia memberi amaran bahawa sebanyak 40% lagi PKS akan ditutup selamanya sekiranya keadaan tidak bertambah baik.

Hubungi talian telefon tertera untuk dapatkan bantuan segera – Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Paduka Dr Tan Yew Kew

Ketika rakyat menangis dan kecewa, Menteri MITI, Azmin Ali dengan bangganya melaungkan kehebatan prestasi eksport negara.

Tidakkah dia menyedari bahawa kadar FDI negara jatuh lebih dua pertiga tahun lalu, kadar penurunan terburuk di rantau ini dalam era pandemik kini.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Rosol Wahid pula memberitahu bahawa setiap kali syarikat ditutup, 18 perniagaan baru dibuka.

Tidakkah dia menyedari bahawa sebahagian besar pendaftaran perniagaan baru datangnya dari individu hilang pekerjaan yang bertukar menjadi peniaga jalanan dan mereka yang tiada pekerjaan kini terpaksa menjual barang secara dalam talian untuk terus bertahan?

Setelah pelaksanaan PKP penuh 3.0 selama sebulan, kes harian baru disahkan masih kekal lebih dari 6000 kes. Namun Menteri MITI mendakwa lockdown ini telah berjaya.

Dalam keadaan negara yang terus kelam, kabinet ‘burung unta’ ini hanya menguburkan kepala mereka dalam pasir dan enggan mengakui bahawa kerajaan telah gagal!

Sekiranya kabinet enggan mengakui kegagalan dan kesalahan mereka, tidak ada harapan untuk mereka berubah.

Oleh itu, PN mesti pergi agar rakyat dapat hidup!

YB Datin Paduka Dr Tan Yee Kew
Ahli Parlimen Wangsa Maju
Parti Keadilan Rakyat

 

Ikuti Dr Tan Yee Kew di Facebook dengan klik DI SINI

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniKENYATAAN MEDIA TIMBALAN KETUA PENERANGAN KEADILAN Oleh: Razeef Rakimin Ahad 04 Disember 2022 SANUSI KETERLALUAN LABEL PENYOKONG SENDIRI SEBAGAI PENGEMIS, BODOH Saya...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 4 Dis – Terasa lucu pula bila membaca kenyataan Mahiaddin Md Yasin yang mengecam susunan kabinet Anwar Ibrahim sebagai paling mengecewakan...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 2 Dis – Subsidi dan pembaharuan fiskal dijangka menjadi cabaran paling besar kepada kerajaan baharu di bawah pimpinan Perdana Menteri ke-10,...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 1 Dis – Meneliti perbualan telefon Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan yang merakamkan ucapan tahniah beberapa...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER