Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

Pembukaan Parlimen Perlu Didahului Titah Agong, Kabinet PN Digesa Perbetulkan Jadual

Kongsikan Artikel Ini

Mesyuarat Parlimen yang dijadualkan oleh kerajaan amat tidak wajar dan tidak selari dengan perlembagaan kerana tidak ada peruntukan untuk pembukaan Parlimen dimulai dengan Titah Diraja oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang berkata mesyuarat Kabinet esok perlu memperbetulkannya kerana urusan pertama Parlimen setelah dipulihkan seharusnya didahului dengan Titah Diraja oleh Yang di-Pertuan Agong yang menyentuh mengenai dasar-dasar kerajaan sepanjang tahun.

Selain itu Lim berkata, sidang lima hari Dewan Rakyat dan tiga hari Dewan Negara tidak mencukupi untuk mesyuarat Parlimen mengadakan perbahasan Titah Diraja.

“Tahun lalu pada 2020, perbahasan Titah Diraja mengambil masa 15 hari di Dewan Rakyat dan lapan hari di Dewan Negara.

“Bagaimana mesyuarat lima hari Dewan Rakyat dan mesyuarat tiga hari Dewan Negara mencukupi untuk pemulihan Parlimen?,” soalnya dalam satu kenyataan hari ini.

Veteran DAP itu menambah, jadual yang ditetapkan kerajaan itu juga melanggar Perkara 150 (3) Perlembagaan yang mensyaratkan Proklamasi Darurat dan apa-apa ordinan yang dimasyhurkan hendaklah dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen.

Menurutnya, akan berlaku pelanggaran terhadap Perlembagaan tersebut jika Dewan Negara bersidang hanya pada 3 Ogos selepas darurat tamat pada 1 Ogos.

Beliau menegaskan, terdapat banyak perkara mendesak dan penting yang memerlukan perhatian dan perbahasan di Parlimen termasuk keperluan untuk pembaharuan parlimen supaya boleh memainkan peranan penting dalam menggerakkan pendekatan “keseluruhan kerajaan” dan “keseluruhan masyarakat” untuk melawan Covid-19.

“Parlimen perlu berbahas untuk merangka sebuah strategi membendung pandemik Covid-19 dan keperluan mendesak untuk membahaskan Rancangan Malaysia ke-12 2021-2025 yang telah terlewat lapan bulan,” ujarnya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 5 Dis – Bermula 1 Januari depan, cabutan khas nombor ramalan dikurangkan kepada lapan kali setahun berbanding 22 kali pada era...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 5 Dis – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet Kerajaan Perpaduan di Perdana Putra di...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 5 Dis – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menjelaskan tumpuan segera beliau ialah membantu menyediakan Bajet 2023. Katanya, penyediaan belanjawan itu...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 5 Dis – Rafizi Ramli menafikan dakwaan mengugut untuk ‘mencari’ Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER