Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Pendapat

Covid-19: Antara Ujian Kepada Manusia Dan Ujian Kepada Pemimpin Gila Kuasa..!

Kongsikan Artikel Ini

Di ketika ini, ujian bagi semua orang ialah wabak Covid19 yang secara tiba-tiba melanda negara sejak lebih setahun yang lalu.

Akibat daripadanya, ramai yang mati, hilang kerja, hilang pendapatan, hilang ahli keluarga kerana kematian, termasuk hilang ahli keluarga kerana terjun bangunan dan bunuh diri.

Tidak kurang juga ada yang bermasalah dalam rumahtangga, bercerai, bergaduh dan sebagainya kerana tekanan hidup yang datang secara tiba-tiba.

Kesan daripada Covid19 ini bertambah buruk lagi kerana di ketika ia melanda, ia tidak menyebabkan surutnya kerakusan dan rasa tamak terhadap kuasa.

Langkah Sheraton digerakkan pada penghujung Februari 2020 ialah ketika Covid19 baru mula menggila.

Lantaran memikirkan peluang agak terbuka untuk merampas kuasa, maka semuanya dianggap tidak apa.

Ia menyebabkan sebaik saja Mahiaddin Md Yasin berkuasa, perintah PKP terus dikuatkuasakan tidak lama selepas itu.

Kemudian, apabila ia mula sedikit reda, PRN Sabah pula digerakkan, juga dengan tujuan untuk merampas kuasa di sana.

Sejak itu, wabak terus berantai merebaknya sehingga menyebabkan macam-macam jenis PKP, darurat, total lockdown dan akhirnya PPN atau Pelan Pemulihan Negara telah dikuatkuasakan hingga ke hari ini.

Namun, semuanya terbukti telah gagal dan sedang menuju kegagalan, lalu menyebabkan kes tidak pernah berkurangan mengancam nyawa kita semua.

Akhirnya yang sengsara ialah rakyat yang dikurung tak henti-henti, sementara kes mati kian meninggi setiap hari.

Mereka yang rakus dan tamak kuasa tetap juga tak sedar diri, walau kegagalan mereka silih berganti dan tak henti-henti.

Sudah tahu gagal dan tak mampu, sepatutnya segeralah berhenti, ini tidak, PKP, darurat dan PPN terus diperalatkan untuk mengekalkan kuasa sehingga titah Agong pun tergamak diderhakai.

Mujur tiada DAP dalam kerajaan yang derhaka ini, kalau tidak mau terbakar seluruh bumi dibuatnya dengan amukan sentimen kaum dan agama yang direka-reka selang seminit sekali.

Patutnya, dengan macam-macam masalah tanpa henti dalam negara, dirawat pula di hospital, sedar-sedarlah tentang ketidakmampuan mengurus negara ini.

Tetapi, barangkali inilah caranya Tuhan nak mendedahkan tembelang sebuah kerajaan yang mengaku sebagai kerajaan Melayu Islam, namun paling haprak dan tak berguna sekali pernah ada.

Yang berlaku hari demi hari akhirnya ialah negara makin huru-hara, nasib bangsa tetap begitu juga, malah tidak berbuat apa-apa untuk agama sepertimana bergema takbir dan penuh tin milo setiap kali selepas ceramah berakhir ketika belum beroleh kuasa.

Menjadi saksi langit dan bumi, yang diutama dan gila-gila mahu dipertahankan tidak lain hanyalah kuasa, kuasa dan kuasa bersama nikmat dunia yang dapat diraih daripadanya.

Dek kerana sayang kepada kuasa, bukan saja sentiasa berdalih untuk diuji majoriti, bahkan sampai ke tahap sanggup memadam fatwa sesat dan orang yang khabarnya sedang tenat di IJN juga turut henti-henti bersuara ketakutan hilang nikmat dunia.

Dalam masa yang sama, di ketika rakyat sengsara dan ramai yang hanya menunggu mati, selain tidak mengurangkan nafsu terhadap kuasa, ada pula yang tetap ghairah nak menambah bini di sini sana.

Adussss….manusia jenis apakah pemimpin yang kita ada sekarang ini?

Covid19 – menguji manusia dengan kesusahan dan kematian, tetapi dalam masa yang sama, sebilangan yang lain diuji dengan kerakusan kuasa dan nikmat dunia yang nampaknya begitu sayang untuk dilepaskan.

Ketika ini jugalah, tidak kedengaran lagi hujah beserta nas dan hadis pilihan yang mengungkapkan matlamat sebenar perjuangan di dunia ini ialah akhirat dan syurga yang kekal abadi.

Apa yang selalu diperingatkan dalam Al-Quran dan Hadis serta kerap ditemui dalam buku-buku sejarah tentang nafsu dan ketamakan pemimpin atas nama agama kepada dunia dunia akhirnya sedang berlaku di depan mata kita semua.

Shahbudin Husin 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniKENYATAAN MEDIA TIMBALAN KETUA PENERANGAN KEADILAN Oleh: Razeef Rakimin Ahad 04 Disember 2022 SANUSI KETERLALUAN LABEL PENYOKONG SENDIRI SEBAGAI PENGEMIS, BODOH Saya...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 4 Dis – Terasa lucu pula bila membaca kenyataan Mahiaddin Md Yasin yang mengecam susunan kabinet Anwar Ibrahim sebagai paling mengecewakan...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 2 Dis – Subsidi dan pembaharuan fiskal dijangka menjadi cabaran paling besar kepada kerajaan baharu di bawah pimpinan Perdana Menteri ke-10,...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 1 Dis – Meneliti perbualan telefon Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan yang merakamkan ucapan tahniah beberapa...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER