Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Komuniti

TERKINI – Pulau Pinang Beralih Fasa Dua Rabu Ini

Kongsikan Artikel Ini

PUTRAJAYA, 5 Jul – Setelah lima negeri melepasi fasa satu, kini Pulau Pinang akan beralih ke fasa kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa 7 Julai ini, menurut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob.

Negeri itu menyusuli Perlis, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak yang memasuki fasa kedua PPN hari ini.

Ismail berkata, peralihan itu diputuskan sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) setelah Pulau Pinang mencapai nilai ambang yang ditetapkan bagi tiga kriteria untuk peralihan ke fasa tersebut.

Menurutnya, tiga kriteria tersebut adalah:

Purata kes jangkitan harian selama tujuh hari sebanyak 9.5 ke per 100,000 penduduk (nilai ambang: 12.2 kes per 100,000 penduduk).
Kadar penggunaan katil wad Unit Rawatan Rapi (ICU) mencapai tahap sederhana dan penilaian capacity to respond di tahap memadai (adequate).
Kadar vaksinasi lengkap dua dos ke atas populasi dewasa sebanyak 10.1 peratus (nilai ambang: 10 peratus).
“Berdasarkan tiga indikator ini dan penilaian terperinci agensi-agensi termasuk Kementerian Kesihatan (KKM), kerajaan bersetuju untuk melaksanakan peralihan fasa PPN bagi Pulau Pinang berkuat kuasa 7 Julai 2021,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 7 Dis – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Sembilan perlu mengambil tindakan segera dan mencari punca kekerapan berlakunya banjir kilat...

Negeri

Kongsikan Artikel IniPORT DICKSON, 1 Dis – Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan sedia bekerjasama dan bergabung dengan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 30 Nov – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan sebulat suara meluluskan Belanjawan Negeri Sembilan 2023 yang memperuntukkan RM550 juta...

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 29 Nov – Kerajaan negeri menerusi Pejabat Tanah dan Galian Negeri Sembilan (PTGNS) mengambil langkah proaktif dalam menyelesaikan isu banjir kilat...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER