Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Pendidikan

Menteri Yang Harus Dihukum, Bukan Pelajar Yang Tak Ikut PDPR – Akmal Nasir

Kongsikan Artikel Ini

JOHOR BHARU, 5 Julai – Cadangan untuk menggantung sekolah bagi pelajar yang tidak hadir tiga hari berturut-turut sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR)sebagai tidak sensitif kepada keadaan semasa pelajar yang sedang menghadapi kesukaran ketika ini.

Menurut Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia, YB Akmal Nasir Kementerian Pendidikan seharusnya mengkaji terlebih dahulu punca dan mengapa pelajar tidak ikuti PDPR dirumah.Ada beberapa sebab pelajar tidak mengikuti PDPR dirumah mungkin pelajar-pelajar tiada peranti dan internet sebab mereka miskin.

“Kementerian pendidikan harus mencari solusi bukan terus menghukum pelajar-pelajar,usahakanlah untuk dapatkan peranti dan data internet untuk murid-murid miskin ini belajar. Ada peranti nanti rajinlah mereka hadir PdPR.”

Akmal yang merupakan Ahli Parlimen Johor Bharu berkata dalam situasi pandemik covid-19 seharusnya Kerajaan memahami masalah yang dihadapi oleh ibubapa yang perlu menyediakan peranti dan internet,mereka hanya bergaji hari penjaja kecil, kerja kontrak, bekerja sendiri, apa jua pekerjaan yang tidak dikategorikan sebagai essential services terpaksa ‘bercuti’ meskipun itulah satu-satunya punca rezeki.

Akmal juga turut mempersoalkan 150,000 komputer riba yang dijanjikan pihak kerajaan?

“Setakat 12 Jun hanya sejumlah 40,290 komputer riba telah diserahkan keperluan pelajar yang berjuta tetapi terlalu lambat serahannya dan juga peratusnya terlalu perlahan.”

“Pelajar tidak harus dipersalahkan, Menteri Pendidikan yang harus digantung tugas kerana gagal memahami permasalahan dan menetapkan strategi jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang sistem pendidikan. Pendidikan seharusnya memanusiakan manusia, memuliakan jiwa bukannya membodohkan atau memiskinkan manusia.” Jelas beliau lagi.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER