Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

Jangan Terpedaya Dengan Helah UMNO

Kongsikan Artikel Ini

PETALING JAYA, 5 Jul – Sebarang percubaan oleh parti politik dalam gabungan kerajaan yang memerintah untuk menarik sokongan terhadap perdana menteri tidak relevan dengan Perlembagaan, kata seorang bekas hakim.

Gopal Sri Ram berkata, pertimbangan paling penting ialah sama ada perdana menteri mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen di Dewan Rakyat.

Beliau berkata, Artikel 43 (2) (a) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong melantik perdana menteri daripada kalangan Ahli Parlimen di Dewan Rakyat yang pada pertimbangannya mempunyai sokongan majoriti.

Parti politik tidak relevan dengan Perlembagaan kerana ada kemungkinan lebih dari 112 calon bebas dipilih ke Dewan Rakyat,” katanya.

Dalam kes itu, Sri Ram berkata Ahli Parlimen bebas perlu berkumpul dan mencalonkan seseorang untuk dilantik oleh Agong sebagai perdana menteri.

Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan itu berkata, cara terbaik menentukan nasib dan kedudukan perdana menteri adalah melalui undian di Dewan Rakyat.

“Sekiranya beliau tidak mempunyai sokongan majoriti, perdana menteri perlu memohon supaya Parlimen dibubarkan dan meletakkan jawatan,” katanya.

Bekas hakim terkenal, Tan Sri Gopal Sri Ram

Sri Ram mengulas laporan bahawa Umno merancang untuk menarik balik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Adalah difahamkan ketika ini Muhyiddin mempunyai sokongan sekurang-kurangnya 114 Ahli Parlimen dengan 37 daripadanya adalah Ahli Parlimen Umno.

Muhyiddin memerlukan sekurang-kurangnya 111 Ahli Parlimen kerana Dewan Rakyat hanya mempunyai 220 ahli. Ada dua kekosongan susulan kematian Ahli Parlimen Gerik dan Batu Sapi tahun lalu. Kerajaan mengisytiharkan darurat di kedua-dua daerah mengakibatkan pilihan raya kecil tidak dapat dilangsungkan susulan pandemik Covid-19.

Dilaporkan, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan timbalannya Mohamad Hasan serta setiausaha agung parti, Ahmad Maslan telah memanggil 10 Ahli Parlimen untuk mengadakan pertemuan.

Menurut Utusan Malaysia, Zahid dan Mohamad merancang mengemukakan usul kepada Majlis Kerja Tertinggi Umno bagi menarik balik sokongan daripada kerajaan “dalam masa terdekat”.

Jumaat lalu, FMT melaporkan bahawa majoriti ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno bersetuju untuk menarik sokongan daripada kerajaan Perikatan Nasional sebelum 1 Ogos.

Sementara itu, seorang ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno yang enggan dinamakan berkata, Zahid dan Majlis Kerja Tertinggi akan mempertimbangkan keadaan semasa negara dan keadaan rakyat ketika memutuskan untuk menarik balik sokongan untuk PN.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniISKANDAR PUTERI, 7 Dis – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin diminta bergerak ke depan dan tidak menjadikan institusi diraja...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 7 Dis – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Bilal Erdogan, anak lelaki Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan,...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 6 Dis – Tiada perubahan drastik dijangka dilaksana terhadap program berkaitan pemerkasaan Bumiputera yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12). Menteri...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 6 Dis – Kementerian Ekonomi akan bekerjasama rapat dengan kementerian lain untuk menyediakan senario dan perancangan bagi memastikan Malaysia meraih pendapatan...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER