Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Komuniti

Jangan Biar Anak Muda Kelaparan – AMK Wangsa Maju

Kongsikan Artikel Ini

WANGSA MAJU, 5 Jul – Semenjak bermulanya pandemik Covid 19, setiap lapisan masyarakat amat merasakan penderitaan berterusan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah menjejaskan kehidupan rakyat.

Sementara melihat kesusahan mereka yang kehilangan pekerjaan dan perniagaan, tanpa disedari kerajaan juga telah mengabaikan masalah yang dihadapi oleh para pelajar kolej dan universiti yang menetap jauh dari rumah.

Di Wangsa Maju, pelajar kolej/universiti dari luar kawasan yang menetap di sini tidak terkecuali turut menjadi mangsa.

Sebelum pandemik melanda, ramai daripada mereka terpaksa melakukan kerja sambilan untuk menanggung kos kehidupan mereka sementara menghabiskan pengajian masing-masing.

Namun, peluang kerja sambilan telah lenyap dalam sekelip mata selepas 18 Mac 2020. Ramai daripada mereka balik ke keluarga masing-masing dan kembali untuk sesi pengajian awal tahun ini.

Namun, PKP yang terus berpanjangan menyebabkan mereka terkandas sekali lagi.

Beberapa bulan ini, ramai penderma telah tampil memberi sumbangan kepada para pelajar yang terkesan.

Jacky Tan, timbalan pengerusi ‘Student Representative Council’, Kolej Tuanku Abdul Rahman (TARC) berterima kasih kepada para penderma dari seluruh Wangsa Maju.

Ada yang menderma barangan berbentuk makanan asas, ada yang dalam bentuk kotak makanan – sedikit sebanyak sumbangan dapat mengurangkan beban para pelajar selama beberapa bulan ini.

Anak muda dari kalangan pelajar terus dibantu AMK Wangsa Maju dalam menempuh cabaran pandemik Covid-19

Jacky yang juga merupakan aktivis Angkatan Muda KEADILAN (AMK) aktif bersama Harcharan Singh, Ketua AMK Wangsa Maju telah banyak terlibat dalam pelbagai program anak muda dan kebajikan para mahasiswa.

Pelajar-pelajar dari luar kawasan ini, kebanyakannya menetap di Taman Bunga Raya, Taman Desa Setapak dan Taman Danau Kota.

Mengikut maklumat ‘hotspot’ dalam aplikasi MySejahtera, (1 Julai 2021), terdapat sebanyak 375 kes telah dilaporkan dalam radius 1 kilometer di kawasan tersebut.

Dalam masa yang sama, Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju, Sdr Andre Lai, juga bertungkus-lumus mendapatkan slot temujanji vaksinasi kepada penduduk Wangsa Maju dengan harapan dapat mencapai imuniti kelompok (herd immunity) secepat mungkin.

Namun, hasrat rakyat sering terbantut dengan kes positif Covid-19 yang masih tinggi, ditambah pula dengan pelaksanaan PKPD di Lembah Kelang dari 3 – 16 Julai 2021.

“Sekiranya vaksinasi penduduk dapat dipercepatkan dalam kadar segera, saya berharap sektor ekonomi dapat dimulakan semula dan anak-anak muda kita tidak lagi kebuluran’, kata Andre.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Negeri

Kongsikan Artikel IniPORT DICKSON, 1 Dis – Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan sedia bekerjasama dan bergabung dengan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 30 Nov – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan sebulat suara meluluskan Belanjawan Negeri Sembilan 2023 yang memperuntukkan RM550 juta...

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 29 Nov – Kerajaan negeri menerusi Pejabat Tanah dan Galian Negeri Sembilan (PTGNS) mengambil langkah proaktif dalam menyelesaikan isu banjir kilat...

Negeri

Kongsikan Artikel IniIPOH, 14 Nov – Mangsa banjir di Perak terus meningkat setakat 9 pagi ini apabila merekodkan 283 mangsa daripada 83 keluarga yang...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER