Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Negeri

Bendera Putih : Hubungi Zakat Pulau Pinang Segera – Exco

Kongsikan Artikel Ini

BAYAN BARU, 5 Jul – Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Dato’Abdul Halim Hussain berkongsi kaedah penyelesaian kepada rakyat negeri ini yang mengalami masalah sepanjang pelaksanaan Fasa Pertama Pelan Pemulihan Negara (PPN) dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ini setelah kempen menaikkan ‘Bendera Putih’ tular di media sosial bagi tujuan memohon bantuan akibat terputus bekalan makanan dan keperluan asas.

Menjelaskan perkara berkenaan, pada perkongsian maklumat di laman Facebook rasminya, hanya dalam tempoh 48 jam, pihak Pusat Khidmat ADUN Batu Maung itu menerima banyak permohonan bantuan bakul makanan dan kewangan daripada golongan B40.

Antaranya pekerja kantin, pemandu lori, nelayan, pemandu teksi, pemandu bas sekolah, pengawal keselamatan, penjaja dan peniaga yang kehabisan aliran tunai (cash flow) dan tersangkut dengan hutang ah long.

Beliau menambah, selain golongan berkenaan, ada juga yang memerlukan wang untuk merawat penyakit kritikal dan kehilangan kerja dan warga emas yang hanya bergantung kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Pusat Zakat Pulau Pinang (ZPP).

“Senarainya panjang,” ujarnya dalam perkongsian di laman media sosial itu.

Belum lagi golongan M40 yang dah jadi B40. Insha Allah bersama kita terus membantu.

Untuk bantuan melalui ZPP boleh terus menghubungi mereka seperti maklumat yang tertera di bawah.

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 7 Dis – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Sembilan perlu mengambil tindakan segera dan mencari punca kekerapan berlakunya banjir kilat...

Negeri

Kongsikan Artikel IniPORT DICKSON, 1 Dis – Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan sedia bekerjasama dan bergabung dengan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 30 Nov – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan sebulat suara meluluskan Belanjawan Negeri Sembilan 2023 yang memperuntukkan RM550 juta...

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 29 Nov – Kerajaan negeri menerusi Pejabat Tanah dan Galian Negeri Sembilan (PTGNS) mengambil langkah proaktif dalam menyelesaikan isu banjir kilat...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER