Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Pendapat

Jatuhkan Kerajaan Sekarang Mampu Selamatkan Nasib Rakyat Dan Negara

Kongsikan Artikel Ini

Usaha terbaru yang dilaporkan sedang dilakukan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi untuk mendapatkan sokongan Ahli-Ahli MT parti itu untuk menarik sokongan dan seterusnya menjatuhkan kerajaan PN haruslah dilihat daripada sudut yang positif.

Tidak harus dilihat apa yang dilakukan beliau itu daripada sudut politik semata-mata.

Beberapa hari lalu, beliau telah pun berjaya mendapat sokongan majoriri Ahli MT UMNO bagi menangguhkan pemilihan parti di semua peringkat selama 18 bulan atau sehingga tahun 2023.

Dengan langkah terbaru beliau untuk mendapat sokongan MT UMNO menarik sokongan daripada kerajaan PN menjelang 1 Ogos depan, sekiranya berjaya, maka ia akan menjadi keputusan parti yang mesti dipatuhi oleh semua.

Secara langsung, Ahli-Ahli Parlimen UMNO yang berada dalam kerajaan PN juga akan terikat untuk patuh dan akur kepadanya keputusan parti itu, kecuali jika mereka memilih untuk menyertai Bersatu.

Walaupun usaha menarik sokongan itu adalah difahami sebagai tindakan susulan Biro Politik UMNO pada 21 Jun lalu memberi kata dua kepada Mahiaddin Md Yasin agar memanggil Sidang Parlimen dalam tempoh 14 hari dan semalam Takiyuddin Hassan mengatakan titah Agong berkaitan pembukaan Parlimen itu akan dilaksanakan sebelum 1 Ogos, tetapi kerajaan hanya akan memuktamadnya pada 7 Julai depan.

Ia sekaligus bermakna pada 7 Julai nanti, kata dua selama 14 hari itu telah pun melebihi tempoh yang sepatutnya.

Ertinya, UMNO sekarang ini memang berhak mengambil tindakan susulan terhadap kerajaan PN, termasuk menarik sokongan dan menjatuhkan Mahiaddin.

Ini kerana, titah Agong berkaitan pembukaan Parlimen itu seperti sengaja dilengah-lengahkan lagi dengan sehingga baginda bertitah sebanyak tiga kali mengenainya.

Jelas dalam hal ini, Mahiaddin dan kerajaan PN yang turut ada Pas di dalamnya, tidak benar-benar hormat dan memuliakan kedudukan Agong sebagai Raja Berdaulat serta sebagai ketua negara, bahkan boleh dianggap biadap dan derhaka secara sengaja.

Lagi pun, dengan kegagalan berterusan PN sebagai kerajaan yang tidak henti-henti mendatangkan kesusahan kepada rakyat, menarik sokongan pada waktu ini adalah langkah yang amat terpuji sekali.

Ia akan dengan sendirinya dapat menyelamatkan nasib rakyat daripada terus sengsara dan derita serta mengelakkan lebih ramai yang tertekan dalam kehidupan mengambil keputusan terjun bangunan atau menggantung diri.

Kerajaan hari ini dengan berterusan menyusah dan mengurung rakyat, ditambah dengan kedegilan Mahiaddin mahu terus berpaut pada kuasa, meski sudah tiada keabsahan, hakikatnya hanya menjadikan semua orang hidup dalam tekanan yang bukan kepalang.

Apa yang dilakukannya untuk mengekalkan kuasa benar-benar membuatkan rakyat meluat dan ia tidak pernah dilakukan oleh mana-mana Perdana Menteri sebelum ini.

Kalau memang memiliki sokongan kuat dan menubuhkan kerajaan bukan melalui pintu belakang, tindakan seseorang Perdana Menteri berterusan mahu bertahan dengan kuasa, contohnya seperti apa yang ditunjukkan oleh Tun Mahathir Mohamad ketika era BN dahulu, ia mungkin jugalah boleh difahami dan diterima.

Tetapi, dengan sudah hilang sokongan dan sampai sanggup mencadangkan darurat yang tujuan utamanya hanya untuk menggantung Parlimen bagi mengelakkan kuasa digenggam terlepas daripada tangan, tindakan itu memang dikira melampau dan menggambarkan kerakusan kepada kuasa di tahap paling gaban sekali.

Jika dulu Mahiaddin pandai mendesak Tun Abdullah Badawi agar mempercepatkan perletakan jawatan, apakah sekarang beliau tidak sedar keadaan dan kepimpinannya seribu kali lebih teruk jika dibandingkan dengan Perdana Menteri kelima itu?

Untuk itu, ditambah dengan setiap hari kita melihat derita rakyat ada di mana-mana, yang mati kerana Covid19 terus meningkat, kerapnya kes bunuh diri berlaku hampir setiap hari, peniaga kecil saban waktu diburu penguasa seolah-olah ketika PKP ini mereka semakin tiada budi bicara, sementara kilang dan industri yang menyumbang 80 peratus kes Covid19 terus banyak dibuka, tetapi yang dikurung ialah rakyat biasa yang tiada gejala, makanya menjatuhkan kerajaan adalah suatu kemestian yang tiada tolak ansurnya lagi.

Kerajaan PN dan Mahiaddin sudah gagal dengan teruk, bahkan dicemuh dengan macam-macam gelaran yang kadangkala tak sanggup kita mahu mendengarnya.

Semua cemuhan dan gelaran itu tidak lain adalah gambaran penolakan, rasa benci dan meluat yang kian bersarang dalam hati rakyat.

Sudah banyak kali diberikan isyarat dan ditunjukkan fakta kegagalannya, namun kedegilan Mahiaddin yang enggan berundur sudah tiada ubatnya lagi, kecuali hanya dengan menjatuhkannya.

UMNO dan Zahid Hamidi akan dipuji serta disanjung atas keberanian menjatuhkan kerajaan PN pada waktu ini kerana ia adalah satu-satunya tindakan menyelamat nasib rakyat yang mesti dilakukan.

Hanya mereka yang tidak pro rakyat, tidak memikir kesusahan rakyat dan tidak peduli hidup mati rakyat, sebaliknya semata-mata berfikir tentang kuasa dan poket saja yang akan menolak sebarang usaha untuk menjatuhkan Mahiaddin dan PN di saat negara sudah kritikal sebegini.

Shahbudin Husin 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniKENYATAAN MEDIA TIMBALAN KETUA PENERANGAN KEADILAN Oleh: Razeef Rakimin Ahad 04 Disember 2022 SANUSI KETERLALUAN LABEL PENYOKONG SENDIRI SEBAGAI PENGEMIS, BODOH Saya...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 4 Dis – Terasa lucu pula bila membaca kenyataan Mahiaddin Md Yasin yang mengecam susunan kabinet Anwar Ibrahim sebagai paling mengecewakan...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 2 Dis – Subsidi dan pembaharuan fiskal dijangka menjadi cabaran paling besar kepada kerajaan baharu di bawah pimpinan Perdana Menteri ke-10,...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 1 Dis – Meneliti perbualan telefon Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan yang merakamkan ucapan tahniah beberapa...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER