Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Ekonomi

Skandal 1MDB: Kumpulan AmBank Bayar RM1.8 bilion Untuk Penyelesaian

Kongsikan Artikel Ini

Putrajaya sudah menerima RM1.8 bilion daripada AMMB Holdings Berhad sebagai sebahagian daripada penyelesaian berhubung pembabitan kumpulan itu dalam skandal 1MDB.

Kementerian Kewangan berkata, dana itu dimasukkan ke Akaun Amanah Mendapatkan Kembali Aset, manakala baki sebanyak RM1.03 bilion akan dilunaskan pada Disember ini dan Julai 2022, masing-masing sebanyak RM515 juta.

“Setakat 30 Jun 2021, baki hutang merangkumi jumlah prinsipal
dan kupon/keuntungan/faedah bagi bon, sukuk dan pinjaman berjangka sebanyak RM39.66 bilion (1MDB) dan RM1.85 bilion (SRC).

“Namun, baki semasa akaun amanah hanya cukup untuk melunaskan prinsipal dan faedah hutang 1MDB bagi 2021 dan 2022 sahaja,” katanya dalam kenyataan.

Selepas semua dana dalam akaun amanah digunakan katanya, kerajaan masih perlu membayar baki hutang 1MDB memandangkan hutang itu disokong melalui jaminan kerajaan dan surat sokongan.

“Kementerian Kewangan akan sentiasa memastikan peruntukan secukupnya bagi menyelesaikan hutang 1MDB dan SRC untuk menguruskan beban kewangan skandal 1MDB dan SRC.”

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 5 Dis – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menjelaskan tumpuan segera beliau ialah membantu menyediakan Bajet 2023. Katanya, penyediaan belanjawan itu...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 3 Dis – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli mendedahkan beliau adalah seorang daripada yang mewakili Pakatan Harapan (PH) dan KEADILAN merundingkan...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 1 Dis – Aliran positif matawang negara menunjukkan petanda pengukuhan ekonomi negara semakin baik dalam masa seminggu selepas Datuk Seri...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 30 Nov – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan sebulat suara meluluskan Belanjawan Negeri Sembilan 2023 yang memperuntukkan RM550 juta...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER