Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

KKM Beri Amaran Kepada Doktor, Jangan Buat Kenyataan Awam ..!

Kongsikan Artikel Ini

Kementerian Kesihatan (KKM) mengingatkan doktor di bawahnya supaya mematuhi larangan membuat kenyataan awam, sama ada secara peribadi mahupun di media sosial.

Perkara itu dinyatakan dalam pekeliling pada 22 Jun lalu oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Mohd Shafiq Abdullah, seperti dilihat media.

Mengikut Akta Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1998, doktor tidak dibenarkan mengeluar atau mengedar sebarang kenyataan yang menimbulkan kritikan terhadap dasar, cadangan mahupun keputusan kerajaan, termasuk memburukkan kerajaan.

Mereka juga tidak dibenarkan dalam bentuk tulisan atau percakapan untuk mengulas, memberi maklumat dan penjelasan sesuatu insiden, perbicaraan mahupun laporan membabitkan kerajaan.

Mereka hanya boleh melakukan perkara itu sekiranya mendapat pengecualian bertulis daripada pihak kementerian dalam masalah pengurusan atau pelaksanaan keputusan daripada kerajaan bersandarkan peruntukan undang-undang.

“Pengurusan tertinggi kementerian ingin menekan dan mengingatkan kesemua kakitangan agar beretika menggunakan akaun media sosial mereka seperti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram, YouTube, blog, WhatsApp dan TikTok,” katanya.

Katanya, sekiranya ada pihak mahu mengutarakan rungutan, pandangan dan cadangan membina, mereka wajib menggunakan saluran rasmi disediakan kementerian atau merujuk unit komunikasi korporat.

Media telah menghubungi Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah untuk komennya.

Difahamkan, pekeliling berkenaan diedar berikutan kempen media sosial #HartalDoktorKontrak untuk doktor kontrak dalam perkhidmatan awam mogok pada 26 Julai sekiranya jalan penyelesaian dalam isu pelantikan mereka secara tetap tidak diselesaikan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 5 Dis – Bermula 1 Januari depan, cabutan khas nombor ramalan dikurangkan kepada lapan kali setahun berbanding 22 kali pada era...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 5 Dis – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet Kerajaan Perpaduan di Perdana Putra di...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 5 Dis – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menjelaskan tumpuan segera beliau ialah membantu menyediakan Bajet 2023. Katanya, penyediaan belanjawan itu...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 5 Dis – Rafizi Ramli menafikan dakwaan mengugut untuk ‘mencari’ Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER