Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

AMK Semarakkan Lagi Kempen Kibar Bendera Putih

Kongsikan Artikel Ini

Sebagai tanda solidariti bersama kempen Bendera Putih yang digerakkan oleh rakyat Malaysia, Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia kini melancarkan inisiatif dalam talian bagi membantu rakyat Malaysia yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih berterusan.

Bantuan ini terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia yang benar-benar terdesak dan memerlukan bantuan dalam bentuk keperluan makanan harian.

Pemohon hanya perlu mengisi borang (Google Form) yang disediakan dan pihak AMK akan menghubungi pemohon untuk membuat pengesahan. Borang ini boleh didapati pada pautan di bawah:

https://bit.ly/BenderaPutihAMK

Bantuan kepada pemohon yang layak akan disalurkan melalui aktivis AMK mengikut kawasan pemohon.

Untuk tujuan ini, AMK telah memperuntukkan dana awal berjumlah RM10,000 bagi memastikan bantuan dapat disalurkan kepada yang memerlukan secepat mungkin.

AMK juga mengalu-alukan sumbangan orang awam bagi menyemarakkan lagi kempen ini. Segala sumbangan awam yang diterima akan disalurkan terus kepada mereka-mereka yang memerlukan.

Sumbangan boleh dibuat ke akaun rasmi Angkatan Muda Keadilan Malaysia seperti butiran berikut :

RHB Islamic Bank Berhad

Parti Keadilan Rakyat (Angkatan Muda Keadilan)

2124 3960 0100 33

Besarlah harapan AMK agar solidariti bersama Kempen Bendera Putih ini dapat memberi suntikan semangat kepada rakyat Malaysia yang dihimpit kesusahan. Semoga kita dapat bertahan dalam menghadapi saat-saat yang amat mencabar ini.

AKMAL NASIR

Ketua AMK Malaysia.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 5 Dis – Bermula 1 Januari depan, cabutan khas nombor ramalan dikurangkan kepada lapan kali setahun berbanding 22 kali pada era...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 5 Dis – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet Kerajaan Perpaduan di Perdana Putra di...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 5 Dis – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menjelaskan tumpuan segera beliau ialah membantu menyediakan Bajet 2023. Katanya, penyediaan belanjawan itu...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 5 Dis – Rafizi Ramli menafikan dakwaan mengugut untuk ‘mencari’ Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER