Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Politik

Tiga Kali Agong Titah Adakan Sidang Parlimen Segera

Kongsikan Artikel Ini

BUKAN sekali atau dua kali, tetapi sudah tiga kali Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan supaya persidangan Parlimen segera diadakan bagi membolehkan proklamasi darurat dan ordinan-ordinan darurat dibentangkan di Dewan Rakyat seperti termaktub dalam Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan.

Terbaharu, Seri Paduka menzahirkan titah pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan sebelum 1 Ogos ini.

Pandangan itu susulan sesi menghadap oleh Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim dan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun di Istana Negara, Selasa lalu.

Al-Sultan Abdullah pada Februari lalu pertama kali menzahirkan pandangan bahawa Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuat kuasa pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai oleh Seri Paduka atas nasihat Perdana Menteri.

Seri Paduka turut menzahirkan pandangan bahawa semua jawatankuasa pilihan Parlimen ke-14 hendaklah meneruskan sesi mesyuarat untuk pelaksanaan mekanisme semak dan imbang.

Pada 16 Jun, Yang di-Pertuan Agong sekali lagi bertitah agar persidangan Parlimen diadakan secepat mungkin bagi menangani Covid-19 dan menyelamatkan ekonomi negara.

Ketegasan Seri Paduka yang berulang kali menggesa sidang Parlimen diadakan segera merupakan hasrat murni Yang di-Pertuan Agong untuk melihat negara ditadbir dengan baik.

Isu mengenai bila tarikh pembukaan Parlimen telah mencetuskan polemik, kontroversi dan perdebatan hangat dalam kalangan banyak pihak khususnya ahli-ahli politik negara.

Ini kerana biarpun sudah berkali-kali teguran dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong, namun masih belum mendapat respons konkrit daripada pihak berkenaan.

Mujurlah Parlimen khabarnya sudah dicadangkan bersidang sebelum 1 Ogos ini.

Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, titah Seri Paduka supaya Parlimen dibuka bagi menangani isu kepentingan awam dan negara mesti dipandang serius.

Jika tindakan lambat diambil apatah lagi cuba berdolak-dalik, nescaya rakyat sendiri yang akan bangkit bersuara. Oleh itu, segeralah bertindak.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Negeri

Kongsikan Artikel InimoreKUCHING, 2 Dis – Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Sarawak memerlukan sedikit masa lagi bagi menentukan calon dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel InimoreSINGAPURA, 2 Dis – Dua penumpang yang tiba di Singapura dari Afrika Selatan dengan menaiki pesawat Singapore Airlines pada Rabu (1 Disember)...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel InimoreTHE HAGUE, 2 Dis – Lebih separuh penumpang dikuarantin di sebuah hotel di Belanda, selepas dikesan positif COVID-19 sejurus tiba dari Afrika...

Politik

Kongsikan Artikel InimoreKUALA LUMPUR, 2 Dis – Parti Amanah Negara (Amanah) menolak cadangan penggabungan parti itu dengan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN). “Ya,” kata Timbalan...

Copyright © 2021 Media Rania