Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Anak Muda

TERKINI – ADUN Rawang Ketua AMK Selangor Yang Baharu

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 30 Jun – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rawang, Chua Wei Kiat dilantik sebagai Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor yang baharu berkuatkuasa serta-merta.

Beliau menggantikan ADUN Kota Anggerik, Najwan Halimi yang digugurkan bersama kesemua jawatankuasa AMK negeri itu, kelmarin.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha AMK Malaysia, Ahmad Syukri Che Ab Razab, satu perjumpaan antara Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, YB Akmal Nasir bersama Ketua-ketua AMK Cabang di Negeri Selangor telah diadakan pada 29 Jun 2021, jam 9 malam tadi.

Katanya, sesi rundingan ini adalah bagi memenuhi tuntutan Perkara 12.4 yang termaktub dalam Peraturan Tetap AMK 2014 dalam proses memilih Ketua AMK Selangor yang baharu.

Pertemuan secara maya tersebut dihadiri oleh 18 Ketua-ketua AMK Cabang yang sah dan rasmi di Selangor berdasarkan rekod Mesyuarat Agung Tahunan Angkatan Muda Keadilan Cabang (MATAMKC) 2020 yang lalu.

“Tujuan pertemuan ini juga adalah bagi mendengar pandangan dan maklum balas disamping untuk Ketua AMK Malaysia memberikan penjelasan mengenai keputusan serta hala tuju AMK,” kata Syukri dalam kenyataannya.

Hasil mesyuarat rundingan berkenaan, seramai enam orang nama telah dikemukakan sebagai calon Ketua AMK Selangor dan diberikan pertimbangan yang sewajarnya oleh Ketua AMK Malaysia.

Pertimbangan utama adalah untuk memastikan idealisme KEADILAN terus digilap, mengekalkan kemenangan Pakatan Harapan di Selangor serta meneruskan kesinambungan barisan pelapis AMK untuk memegang tampuk pimpinan sebagai salah satu usaha untuk melahirkan lebih ramai pemimpin anak muda dalam organisasi AMK dan juga KEADILAN secara keseluruhannya.

Oleh yang demikian, setelah selesai proses berkenaan, YB Chua Wei Kiat selaku Ketua AMK Selayang adalah dilantik bagi menggalas tanggungjawab sebagai Ketua AMK Selangor yang baharu, berkuatkuasa serta-merta.

Susulan pelantikan Wei Kiat, satu jawatankuasa penuh AMK Negeri akan diumumkan oleh beliau setelah proses perbincangan dibuat bersama Ketua-ketua AMK Cabang di Selangor.

YB Chua Wei Kiat merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Rawang setelah menang dengan majoriti undi sebanyak 23,860 pada tahun 2018 dan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perniagaan dan Pasaran dari University of Abertay Dundee, United Kingdom.

AMK Malaysia yakin keputusan ini akan mampu memperkukuh kedudukan AMK di Negeri Selangor.

AMK Malaysia menyeru seluruh anggota AMK khususnya di Selangor untuk memberikan kerjasama dan sokongan padu kepada YB Chua Wei Kiat selaku Ketua AMK Selangor yang baru dalam usaha kita untuk terus menjuarai isu-isu rakyat dan juga anak muda.

– MEDIA RANIA

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Anak Muda

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 29 Sep – Hantaran Ketua Pemuda UMNO, Dr Asyraf Wajdi di Facebook yang membandingkan inisiatif pungutan suara rakyat membantah PRU15 semasa...

Anak Muda

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 20 Ogos – Sesuai dengan sambutan Hari Kebangsaan ke-65 tahun ini, Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Wangsa Maju pada Selasa telah...

Anak Muda

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 12 Jun – Para mahasiswa diseru agar memupuk budaya kasih sayang dan menghormati masyarakat dalam kehidupan seharian. Itu amanat Menteri Besar...

Anak Muda

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 9 Jun – Kerajaan Negeri Sembilan menyasarkan dua buah mukim iaitu Ampangan dan Rompin pada tahun ini sebagai tumpuan penghijauan Kawasan...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER