Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

‘Tak Perlu Spekulasi Pembubaran AMK Selangor Dan Perlis’ – Akmal Nasir

Akmal ketika ditemubual wartawan sebaik membuat laporan polis di IPD Johor Bahru Selatan, di Larkin sebentar tadi.
Kongsikan Artikel Ini

JOHOR BAHRU, 30 Jun – Tindakan pembubaran jawatankuasa Angkatan Muda Keadilan (AMK) bagi negeri Selangor dan Perlis pada Isnin lalu tidak perlu dijadikan spekulasi kerana ia dibuat bagi memberi laluan kepada pelapis baharu yang akan menerajui sayap parti itu pada akan masa datang.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, keputusan itu dilakukan bagi mencari kesinambungan pimpinan pelapis di peringkat negeri dapat diteruskan.

“Apabila saya meneliti keadaan terkini AMK, saya melihat keperluan untuk melahirkan lebih ramai pelapis kerana kebanyakan kami tidak lagi akan meneruskan kepimpinan AMK.

“Kepimpinan ketika ini tidak selamanya akan memimpin, jadi perlu beri ruang kepada kepimpinan lebih muda supaya apabila kami tamat memegang jawatan pada 2023 nanti, pelapis baharu dapat mewarisi dan sudah ada tanggungjawab mereka daripada sekarang,” katanya.

Difahamkan Ketua AMK Selangor yang baharu telah diumumkan petang tadi, dan Ketua AMK Selayang merangkap ADUN Rawang, Chua Wei Kiat dilantik sebagai ketua baharu menggantikan Najwan Halimi.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Mohd Rashid Hasnon di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan di sini pada Rabu.

“Saya melihat perlu adanya rombakan selepas selesai Kongres Nasional Tahunan PKR (Parti Keadilan Rakyat) yang telah ditangguhkan selain persediaan bagi berdepan Pilihan Raya Umum (PRU). Sebab itu, kita mahu tonjolkan pelapis baharu,” katanya.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia, Akmal Nasir menunjukkan laporan polis yang dibuat ke atas Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Rashid Hasnon pagi tadi.

Sebelum itu, media pada Isnin melaporkan Najwan dipecat dan seluruh jawatankuasa AMK negeri itu dibubar serta-merta.

Perkara itu didedahkan oleh Ahli PKR Cabang Kota Raja, Danish Hairudin yang berkata, Akmal Nasrullah telah melakukan tindakan berkenaan atas alasan mereka menjalinkan hubungan ‘mesra’ dengan kumpulan baju hitam yang kononnya pro kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berhubung laporan polis yang dibuat terhadap Datuk Mohd Rashid Hasnon, Akmal Nasrullah berharap polis akan melakukan siasatan terperinci.

“Saya membuat laporan polis terhadap beliau (Datuk Mohd Rashid Hasnon) pada Rabu berhubung video yang tular sejak Selasa memaparkan beliau sedang menghadiri kenduri durian di sebuah kebun di Batu Pahat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain ketika dihubungi mengesahkan laporan polis berkenaan.

Pada Selasa, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner, Ismail Dollah menerusi kenyataan berkata, pihaknya akan memanggil wakil rakyat terbabit dan individu yang dipercayai melanggar prosedur operasi standard (SOP) Fasa Satu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) itu.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Ekonomi

Kongsikan Artikel InimoreKUALA LUMPUR, 1 Dis – Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mendakwa mekanisma kawalan harga barang begitu lembab susulan kenaikan harga secara mendadak, sejak...

Ekonomi

Kongsikan Artikel InimoreGEORGETOWN, 1 Dis – Kementerian Kesihatan (KKM) diminta menyiasat dan mengambil tindakan berhubung isu peningkatan bayaran perubatan di hospital swasta. Gesaan itu...

Ekonomi

Kongsikan Artikel InimoreKUALA LUMPUR, 1 Dis – Semua naik! Rata-rata peniaga dan pengguna masing-masing melahirkan rasa kecewa berikutan harga barangan terutamanya barang basah yang...

Ekonomi

Kongsikan Artikel InimorePUTRAJAYA, 1 Dis – Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob seakan terkejut dan terpaksa mengakui harga barang keperluan terutamanya ayam dan ikan meningkat....

Copyright © 2021 Media Rania