Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

Rafizi, Nurul Izzah, Khairy Antara Calon PM-9

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 30 Jun – Majoriti responden dari bandar memilih Rafizi Ramli, Nurul Izzah Anwar dan Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebagai calon Perdana Menteri kesembilan.

Profesor Adjung dan Pengarah Inovasi Sosial dan Perubahan (SLAS) Taylor’s University, Anas Zubedy berkata, ia berikutan hasil kajian yang dijalankan secara dalam talian bertajuk ‘Siapa PM Selepas TS Muhyiddin?’ oleh beliau baru-baru ini.

Menurut beliau, ketiga-ketiga calon berkenaan berjaya meraih undian tertinggi dan ia sekali gus menunjukkan rakyat percaya dengan tugas dan tanggungjawab yang dipikul.

“Selain itu, ada juga calon yang meraih undian ramai antaranya Anthony Loke dari DAP.

“Walaupun beliau dari DAP, undian yang diperoleh bukan dari satu kaum sahaja, tetapi kaum lain juga turut mengundi beliau sebagai calon Perdana Menteri yang kesembilan.

Pemilihan calon PM perlu berdasarkan struktur, hierarki parti

Jadi di sini kita lihat Anthony Loke turut mendapat kepercayaan yang tinggi.

“Bagaimanapun kita perlu faham, kajian yang dilakukan ini lebih tertumpu kepada responden yang berada di bandar sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panelis Wacana Sinar edisi ke-269 bertajuk ‘PM9: Abah atau Siapa’ yang disiarkan di semua platform digital Sinar Harian pada Selasa.

Anas Zubedy ketika menjadi panelis Wacana Sinar edisi ke-269 bertajuk ‘PM9: Abah atau Siapa’ yang disiarkan di semua platform digital Sinar Harian pada Selasa.

Wacana tersebut turut menampilkan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif EMIR Research, Datuk Dr Rais Hussin Mohamed Ariff dan Penganalisis Politik, Profesor Madya Dr Kartini Aboo Talib @Khalid, manakala Ismail Adnan bertindak sebagai moderator.

Bagaimanapun, Anas berkata, untuk tempoh dua tahun ini janganlah adakan pilihan raya ataupun perebutan kuasa.

Menurut Anas, beliau lebih gemar sekiranya Tan Sri Muhyiddin Yassin mencari jalan lain untuk mengumpul satu pakatan baharu termasuk pihak pembangkang yang ada sekarang.

“Kita ada dua orang yang sebelum ini mempunyai pengalaman yang cukup luas iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Lim Kit Siang.

Kedua-duanya kalau kita lihat dah lama nak menjaga Malaysia.

“Justeru, kalau masing-masing boleh bantu Muhyiddin, kita boleh kembalikan kestabilan politik selain menangani isu Covid-19, ekonomi, rasuah, perpaduan negara dan alam sekitar di negara,” katanya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Ekonomi

Kongsikan Artikel InimoreKUALA LUMPUR, 1 Dis – Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mendakwa mekanisma kawalan harga barang begitu lembab susulan kenaikan harga secara mendadak, sejak...

Ekonomi

Kongsikan Artikel InimoreGEORGETOWN, 1 Dis – Kementerian Kesihatan (KKM) diminta menyiasat dan mengambil tindakan berhubung isu peningkatan bayaran perubatan di hospital swasta. Gesaan itu...

Ekonomi

Kongsikan Artikel InimoreKUALA LUMPUR, 1 Dis – Semua naik! Rata-rata peniaga dan pengguna masing-masing melahirkan rasa kecewa berikutan harga barangan terutamanya barang basah yang...

Ekonomi

Kongsikan Artikel InimorePUTRAJAYA, 1 Dis – Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob seakan terkejut dan terpaksa mengakui harga barang keperluan terutamanya ayam dan ikan meningkat....

Copyright © 2021 Media Rania