Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Negeri

Kerajaan Negeri Sembilan Buka Permohonan Bantuan Akibat Hilang Pekerjaan Semasa PKP 3.0

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun
Kongsikan Artikel Ini

SEREMBAN, 30 Jun – Menginsafi bahawa Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0) menyebabkan ramai yang kehilangan pekerjaan, Kerajaan Negeri Sembilan menawarkan bantuan sebanyak RM3 juta.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun mengumumkan perkara berkenaan semasa sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco mingguan Kerajaan Negeri di Wisma Negeri, dekat sini, hari ini.

Berikut merupakan panduan bagi pemohon yang menepati syarat-syarat yang ditetapkan.

 

𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗛𝗜𝗟𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗔𝗞𝗜𝗕𝗔𝗧 𝗣𝗞𝗣𝟯.𝟬 – 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟭

✅ Kerajaan Negeri Sembilan telah bersetuju untuk meluluskan peruntukan sebanyak RM 3.0 juta bagi menyalurkan bantuan tunai secara one-off kepada rakyat yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan Tahun 2021.

✅ Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut :

i. Pemohon adalah Warganegara Malaysia yang menetap di Negeri Sembilan dan kehilangan pekerjaan akibat daripada Perintah Kawalan Pergerakan dalam tahun 2021.

ii. Pemohon masih belum mendapat sebarang pekerjaan semasa permohonan dikemukakan.

✅ Kadar Bantuan adalah RM300.00 tunai yang akan dibuat secara Electronic Fund Transfer (EFT) kepada pemohon yang layak dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh kelulusan permohonan.

✅ Kaedah Permohonan adalah melalui sistem aplikasi N9 Digital atau melalui laman web https://www.n9.digital. Maklumat pemohon hendaklah lengkap termasuk butiran semua ahli isi rumah. Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.

✅ Dokumen yang diperlukan adalah:

– Salinan kad pengenalan pemohon;
– Salinan Sijil Nikah / Cerai / Kematian (yang mana berkaitan);
– Surat pemberhentian kerja dari majikan
– Salinan penyata bank / muka depan buku akaun

✅ Kerajaan Negeri berhak untuk memutuskan bantuan berdasarkan dokumentasi yang dikemukakan atau menolak permohonan yang tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan.

𝗣𝗲𝗿𝗺𝗼𝗵𝗼𝗻𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗯𝘂𝗸𝗮 𝗺𝘂𝗹𝗮𝗶 𝟯𝟬 𝗝𝘂𝗻 𝘀𝗲𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 𝟯𝟬 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟭.

#NogoriKito #CaroKito
#PakaiPelitupMuka
#NegeriSembilanBersihMuafakatSejahtera

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Negeri

Kongsikan Artikel InimoreKUCHING, 2 Dis – Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Sarawak memerlukan sedikit masa lagi bagi menentukan calon dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12...

Negeri

Kongsikan Artikel InimoreSEREMBAN, 2 Dis – Dewan Undangan Negeri (Dun) Negeri Sembilan, hari ini, meluluskan Enakmen Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (Pindaan) 2021 bagi...

Ekonomi

Kongsikan Artikel InimoreBAGAIMANA KAMI BOLEH MEMBAWA PERUBAHAN DAN KETELUSAN DALAM TADBIR URUS SERTA KESAMARATAAN DALAM AGIHAN PENGURUSAN PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR DAN SOSIO-EKONOMI KOMUNITI DI SARIBAS...

Negeri

Kongsikan Artikel InimoreMUKAH, 1 Dis – Masihkah mahu menafikan? Sehingga waktu ini, liputan internet bagi kawasan perkampungan Tellian dan kawasan luar bandar sekitar Mukah...

Copyright © 2021 Media Rania