Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

Beri Bantuan RM1,500 Sebulan Pada B60 Sepanjang ‘Lockdown’ – Anwar

Presiden KEADILAN merangkap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim - Foto: Facebook Anwar Ibrahim
Kongsikan Artikel Ini

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mencadangkan kerajaan supaya memberikan bantuan RM1,500 sebulan kepada kumpulan isi rumah B60 sepanjang tempoh sekatan penuh atau ‘lockdown’.

Katanya kumpulan berkenaan memerlukan bantuan yang konsisten dan bukannya secara “one off” yang bersifat sementara.

Kata presiden PKR itu, bantuan kewangan dalam bentuk tunai akan tiris dengan cepat untuk membayar hutang kediaman ataupun rumah.

“Seterusnya, bantuan kewangan yang hanya dalam bentuk gimik tidak akan mempunyai kesan segera. Yang diperlukan sekarang ialah ‘cash in hand’ (wang tunai dalam tangan) yang konsisten dan mapan.

“Jumlah ‘cash in hand’ yang wajar adalah RM1,500 sebulan untuk golongan B60,” katanya dalam sidang media di Facebooknya, hari ini.

Dalam pada itu, Anwar turut menyifatkan pelan pemulihan yang dibentang kerajaan sebagai tidak menyelesaikan masalah dihadapi rakyat

Mengulas mengenai pengangguran, Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata pekerjaan adalah satu “safety net” kepada agolongan B60 .

“Pada waktu ini jumlah warganegara yang tidak mempunyai pekerjaan dianggarkan sejumlah 800,000 orang.

“Sudah pasti jumlah ini termasuk mereka di dalamkategori B60 tersebut,” katanya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Ekonomi

Kongsikan Artikel InimoreKUALA LUMPUR, 1 Dis – Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mendakwa mekanisma kawalan harga barang begitu lembab susulan kenaikan harga secara mendadak, sejak...

Ekonomi

Kongsikan Artikel InimoreGEORGETOWN, 1 Dis – Kementerian Kesihatan (KKM) diminta menyiasat dan mengambil tindakan berhubung isu peningkatan bayaran perubatan di hospital swasta. Gesaan itu...

Ekonomi

Kongsikan Artikel InimoreKUALA LUMPUR, 1 Dis – Semua naik! Rata-rata peniaga dan pengguna masing-masing melahirkan rasa kecewa berikutan harga barangan terutamanya barang basah yang...

Ekonomi

Kongsikan Artikel InimorePUTRAJAYA, 1 Dis – Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob seakan terkejut dan terpaksa mengakui harga barang keperluan terutamanya ayam dan ikan meningkat....

Copyright © 2021 Media Rania