Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

Anwar: Malaysia Buat ‘Lockdown’ Paling Panjang

Kongsikan Artikel Ini

Malaysia didakwa menjadi satu-satunya negara di dunia yang melakukan ‘lockdown’ atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) paling panjang tetapi kes penularan pandemik Covid-19 masih juga belum berakhir.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kes jangkitan harian wabak itu masih naik turun dan belum menampakkan titik akhir.

“Sebab itu, sekali lagi saya tegaskan pendekatan PKP tanpa melihat kepada butiran terperinci (kes) tidak akan berkesan.

“Ia hanya akan menyeksa rakyat dengan pembatasan-pembatasan (sekatan) tetapi kesannya tidak ada,” katanya pada sidang akhbar mengenai laporan Covid-19 dan situasi kewangan rakyat bersama beliau yang diadakan secara maya pada Rabu.

Anwar menegaskan, negara terus bergelut dengan krisis Covid-19 ekoran keupayaan Malaysia untuk memperoleh bekalan vaksin adalah lembap (perlahan).

Jelas beliau, sekiranya dilihat keupayaan pengeluaran vaksin dunia, Malaysia sepatutnya mempunyai keupayaan untuk mendapat 0.4 peratus bekalan.

“Tetapi setakat ini, kita hanya dapat 0.2 peratus dan kalau dibandingkan dengan 0.4 peratus yang sepatutnya kita dapat, ia tidak penuhi unjuran kita.

“Anggaran keperluan vaksin itu tinggi tapi pemberiannya kepada rakyat jauh lebih rendah walaupun kita akui vaksin itu bertambah sekarang. Namun ia tetap lari dari unjuran dan kita ketinggalan di belakang,” katanya.

Menyentuh mengenai ujian saringan Covid-19 pula, Anwar menegaskan, ujian harian perlu dipertingkatkan agar negara tahu jumlah sebenar rakyat dijangkiti wabak itu setiap hari.

“Kalau kita lihat jumlah kes positif harian Covid-19, Selangor paling tinggi sebab negeri itu lakukan ujian paling tinggi.

“Penyelesaian bagi masalah penularan virus ini adalah vaksin tapi sebab kelembapan (pemerolehan) vaksin, kita kena tingkatkan ujian,” katanya.

Anwar berkata, penularan jangkitan itu perlu ditangani dengan berkesan kerana keadaan akan lebih berbahaya sekiranya ia tidak lagi dapat dikenal pasti melalui kluster sebaliknya merebak dengan meluas dan mencapai tahap endemik.

Katanya, keadaan itu akan terus menyeksa rakyat yang sememangnya sangat tertekan dengan pelaksanaan PKP sehingga wujud kempen naikkan bendera putih bagi mereka yang tersepit.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Ekonomi

Kongsikan Artikel InimoreKUALA LUMPUR, 1 Dis – Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mendakwa mekanisma kawalan harga barang begitu lembab susulan kenaikan harga secara mendadak, sejak...

Ekonomi

Kongsikan Artikel InimoreGEORGETOWN, 1 Dis – Kementerian Kesihatan (KKM) diminta menyiasat dan mengambil tindakan berhubung isu peningkatan bayaran perubatan di hospital swasta. Gesaan itu...

Ekonomi

Kongsikan Artikel InimoreKUALA LUMPUR, 1 Dis – Semua naik! Rata-rata peniaga dan pengguna masing-masing melahirkan rasa kecewa berikutan harga barangan terutamanya barang basah yang...

Ekonomi

Kongsikan Artikel InimorePUTRAJAYA, 1 Dis – Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob seakan terkejut dan terpaksa mengakui harga barang keperluan terutamanya ayam dan ikan meningkat....

Copyright © 2021 Media Rania