Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Ekonomi

Berhati-Hati Dengan Moratorium Terbaru Kerajaan PN..!!

Kongsikan Artikel Ini

Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Md Yassin telah semalam mengumum suatu moratorium enam bulan, di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih).

Perlu di ingatkan anda di sini bahawa pengambilan “moratorium” akan melibatkan pindaan kepada perjanjian pinjaman yang asal.

Pindaan ini bakal melibatkan peningkatan jumlah faedah, peningkatan jumlah hutang dan peningkatan jumlah pembayaran balik bulanan.

Untuk mempermudahkan pengiraan, kita akan menggunakan contoh mudah di bawah.

PERJANJIAN ASAL
Pinjam: RM120
Faedah: 10% (RM12)
Tempoh pembayaran: 1 tahun (12 bulan)

Menurut perjanjian asal, jumlah besar asal yang kamu bakal bayar balik adalah sebanyak RM132.

Pengiraan: Pinjaman pokok (RM120) + Faedah setahun (RM12) =  Jumlah besar asal (RM132)

Jika jumlah besar asal RM132 ini dibayar balik selama 12 bulan, maka pembayaran balik kamu adalah sebanyak RM11 sebulan.

Pengiraan: Jumlah besar asal (RM132) ÷ 12 bulan = Pembayaran balik bulanan asal (RM11)

Faham setakat ini?

Baik. Apa yang akan terjadi jika moratorium diambil?

Jika kamu mengambil “moratorium” selama 6 bulan, suatu pindaan akan dibuat kepada perjanjian asal di atas.

Pindaan ini akan merangkumi pengiraan faedah tambahan sebanyak setengah tahun (enam bulan).

Maksudnya, selain perlu membayar jumlah faedah untuk satu tahun pertama (RM12), kamu bakal dikenakan caj faedah tambahan sebanyak RM6 untuk setengah tahun kedua.

Faedah 1 tahun pertama: RM12
Faedah tambahan 0.5 tahun kedua: +RM6

Jadinya, dari jumlah besar asal sebanyak RM132, bank akan menambah lagi faedah setengah tahun kedua sebanyak RM6, untuk menjadikan jumlah besar baharu kamu sebanyak RM138.

Dengan jumlah besar baharu ini, kamu bakal dikenakan suatu jumlah pembayaran balik bulanan baharu sebanyak RM11.50.

Pengiraan: Jumlah besar baharu (RM138) ÷ 12 bulan = Pembayaran balik bulanan baharu (RM11.50)

Sebab itu jika kamu mengambil moratorium tempoh pembayaran, jumlah faedah, jumlah besar hutang dan jumlah pembayaran balik bulanan semuanya akan meningkat.

Tempoh dipinjam: Sama
Kadar faedah: Sama

Tapi……

Tempoh pinjaman: BERTAMBAH
Jumlah faedah: BERTAMBAH
Jumlah hutang: BERTAMBAH
Jumlah pembayaran bulanan: BERTAMBAH

Kesimpulannya, pengumuman oleh Perdana Menteri bukan suatu moratorium, tetapi satu PEMBIAYAAN SEMULA (REFINANCING) yang dijenama semula sebagai “moratorium”.

Dalam dunia perbankan, pakej-pakej pembiayaan semula (refinancing) lazimnya ditawar kepada golongan yang tidak mampu melangsaikan hutang atau golongan yang berada di ambang kemuflisan.

Ianya diakui mampu memberi kelegaan buat sementara, tetapi dalam jangka masa panjang, ia meningkatkan lagi keuntungan bank dan menjadikan peminjam terikat kepada bank untuk tempoh yang lebih lama.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 6 Dis – Tiada perubahan drastik dijangka dilaksana terhadap program berkaitan pemerkasaan Bumiputera yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12). Menteri...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 6 Dis – Kementerian Ekonomi akan bekerjasama rapat dengan kementerian lain untuk menyediakan senario dan perancangan bagi memastikan Malaysia meraih pendapatan...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 6 Dis – Ringgit dijangka mengakhiri 2022 lebih kukuh kepada sekitar RM4.30 hingga RM4.35 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), sebelum...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 5 Dis – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menjelaskan tumpuan segera beliau ialah membantu menyediakan Bajet 2023. Katanya, penyediaan belanjawan itu...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER