Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Politik

Berapa Ramai Lagi Perlu Mati Sebelum PN Berundur – AMK Sabah

Kongsikan Artikel Ini

<span;>Kota Kinabalu, 28 Jun – “Berapa ramai lagi perlu mati gantung diri dan terjun bangunan sebelum kerajaan gagal yang ditadbir Mahiaddin berundur?” Soal AMK Sabah.

<span;>Fasa pertama (I) Kawalan Pergerakan di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang dijadual berakhir hari ini tidak akan ditamatkan malah akan diteruskan mungkin hingga pertengahan Julai ini sehingga kes harian turun ke angka 4,000 kes.

<span;>Menurut Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sabah, Razeef Rakimin, kes harian tidak mungkin turun di bawah angka 4,000 kes selagi sektor perkilangan yang menyumbang kes dan kluster tertinggi terus dibenarkan beroperasi. Beliau juga menyatakan jika kes turun, ia tidak akan bertahan lama.

<span;>”Kita telah melihat kejayaan beberapa negara lain. Cara mereka mudah. Mereka tutup semua sektor sosial dan ekonomi selama sebulan sehingga rantaian jangkitan wabak Covid-19 putus, selepas itu barulah mereka membuka sektor ekonomi secara berperingkat bermula dari yang kurang berisiko.” jelas Razeef.

<span;>Razeef turut menjadikan tuan rumah EURO 2020 sebagai contoh kejayaan berkenaan apabila hari ini penonton bukan sahaja boleh memenuhi kapasiti penuh stadium, malah penonton yang hadir tidak perlu mengenakan pelitup muka dan penjarakan sosial.

<span;>Menurut beliau lagi, di Malaysia kerajaan melaksanakan ‘total lockdown’ yang sebenarnya ‘tidak total’ kerana sektor perkilangan yang menjadi penyumbang jangkitan masih dibenarkan beroperasi.

<span;>”Rakyat hari ini cukup terbeban. Ada kehilangan pekerjaan, perniagaan gulung tikar, hutang meningkat. Bantuan kerajaan belum tiba tetapi dibenarkan pula ‘Ah Long’ beroperasi bagi menambahkan lagi hutang rakyat kepada ‘lintah darat berlesen’.”

<span;>”Kalau kerajaan hari ini tidak mempu mengawal wabak dan menjaga rakyat, berundur saja. Sampai bila kita perlu melihat rakyat menggantung diri dan terjun bangunan kerana beban hidup dikala para Menteri hari ini hanya sibuk mempertahankan kedudukan dalam kerajaan yang sudah tidak ada majoriti”.

<span;>Razeef mendakwa rakyat hari ini sudah mengangkat ‘bendera putih’ dari mengharapkan bantuan dari kerajaan.

<span;>”Mahiaddin gagal memimpin negara, Azmin masih degil dengan membenarkan kilang-kilang beroperasi, Adham Baba seperti tidak wujud dalam kementerian paling penting hari ini, peningkatan kes cerai, penderaan dan bunuh diri bukti kegagalan Rina Harun, Radzi jidin diberi setahun namun gagal mencari solusi pendidikan sehingga ramai terabai, Ismail Sabri gagal dalam menetapkan SOP yang sering berubah-ubah.”

<span;>”Selain itu Tengku Zafrul mementingkan ‘banker’ berbanding ekonomi rakyat, Noraini Ahmad gagal membantu penuntut IPT, Mustapa Mohamed gagal menyediakan dasar ekonomi dalam keadaan pandemik, Hamzah Zainuddin cuba membeli Ahli Parlimen bagi mengukuhkan kedudukan kerajaan, Zuraida Kamaruddin gagal walauoun banyak mewujudkan ‘penggerak komuniti’ yang hanya bertujuan memberi jawatan kepada penyokongnya namun cuma mampu membenarkan ‘Ah Long’ beroperasi, Hishammuddin sibuk mengumpul sokongan menggulingkan Mahiaddin, Khairy gagal dalam menjalankan amanah mengurus program vaksinasi dan terkait terlalu banyak skandal berkaitan program berkenaan.” dakwa beliau.

<span;>”Hari ini rakyat sudah mengangkat bendera putih mengharapkan bantuan dari pihak kerajaan. Bebanan hidup lebih banyak membunuh berbanding wabak itu sendiri. Saya tidak menolak kemungkinan rakyat akan mengabaikan wabak dan turun ke jalanraya mendesak kerajaan yang gagal ini segera berundur. Kesabaran rakyat juga ada batasnya.” ujar beliau lagi.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER