Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Pendapat

PKP Politik Disambung Lagi Dengan Jenama PPN Politik, Mahiaddin Terus Gagal!

Kongsikan Artikel Ini

PENDAPAT, 28 Jun – PKP penuh atau total lockdowan tapi tiga suku masak perlaksanaannya yang sepatutnya berakhir hari ini bukan saja tidak ditamatkan, malah akan terus disambung lagi ke suatu tarikh yang tidak ditetapkan bila tamatnya.

Bermula esok, ia juga tidak lagi dinamakan PKP penuh atau total lockdowan, tetapi dijenamakan sebagai fasa pertama Pelan Pemulihan Negara atau PPN yang diumumkan secara tergesa-gesa oleh Mahiaddin Md Yasin sebelum majlis menghadap ketua-ketua parti terhadap Yang Dipertuan Agong di Istana Negara, baru-baru ini.

Sepertinya perubahan nama PKP kepada fasa pertama PPN itu tidak ubah macam pertukatan nama Muhyiddin kepada Mahiaddin.

Turut untuk pertama kali, fasa pertama PPN ini tiada had tempoh masanya sebagaimana PKP sebelum ini yang ditetapkan tempohnya hanya selama dua minggu sebelum dibuat pengumuman baharu.

Ford Raptor 2020: Mantap, Tangkas – Klik gambar untuk ketahui dengan lebih lanjut.

Dengan fasa pertama ini tidak diketahui bila tarikh tamatnya, ditambah keseluruhan fasa dalam PPN ada empat semuanya, nampaknya hampir pasti sehingga hujung tahun kita semua akan hidup terkurung sebegini di mana kebebasan yang diberi hanya secara berperingkat-peringkat.

Tidak boleh lagi merentas daerah, jauh sekali rentas negeri untuk menjenguk keluarga serta ibu bapa di kampung.

Pelaksanaan perintah mengurung rakyat ini mahu tidak mahu adalah merupakan satu lagi tanda kegagalan Mahiaddin dalam mengutus negara dan mengawal pandemik Covid19.

Sudah berulang kali disebutkan dan ditekankan oleh banyak pihak tentang perlunya kilang, industri dan tapak pembinaan ditutup sepenuhnya bagi tempoh tertentu lantaran di situlah banyak kes Covid19 berlaku, malangnya ia langsung tidak didengari.

Akhirnya inilah jadinya, orang lain yang menjadi punca menularnya kes, tapi rakyat yang tidak berdosa dipaksa berkurung sengsara di dalam rumah.

Dalam keadaan ini, selain ramai yang terjejas pendapatan terutama peniaga, pengusaha kecil-kecilan dan mereka yang bergaji hari.

Secara umum pula, rata-rata dan di mana-mana, kehidupan rakyat dikesan dan didapati jadi tertekan.

Bukan saja kemurungan dan pergaduhan dalam keluarga meningkat, kes bunuh diri dengan terjuan bangunan, terjun jambatan dan gantung diri boleh dikata berlaku setiap hari.

Apakah Mahiaddin tiada perasaan dalam keghairahannya memperalatkan PKP, darurat dan fasa demi fasa PPN untuk mengekalkan kuasanya yang tiada keabsahan sejak awal lagi?

Tidak rasa berdosalah beliau dan menteri-menteri kabinet, temasuk parti penjual agama dalam kerajaan melihat kesusahan dan derita rakyat ini dengan menolak, menangguh serta berdolak-dalik berkaitan moratorium automatik, lanjutan pengeluaran i-Sinar dan i-Lestari KWSP, tidak memberi diskaun elektrik dan pelbagai sikap tidak peduli lagi?

Apa sebenarnya jenis kerajaan yang kita ada ini, rasa-rasanya kerajaan Yahudi pun tidak seburuk berperangai sebegini?

Apakah Mahiaddin tidak faham dan tidak sedar lagi dengan pelbagai tanda pagar yang trending di laman makro Twitter, daripada #KerajaanGagal, kemudian #KerajaanBodoh, seterusnya #KerajaanBangsat dan terakhir ini #KerajaanPembunuh?

Sampai bila Mahiaddin dan menteri-menteri makan gaji buta dalam kerajaan mahu terus menekan dan menyusahkan rakyat, sudahlah tiada bantuan yang mencukupi, ditambah lagi dengan penguatkuasaan yang keras dan tidak bertolak ansur kepada rakyat jika melanggar SOP?

Malangnya banyak kes menteri-menteri yang melanggar SOP, disiasat saja memakan masa berbulan lamanya dan kebanyakan akhirnya seolah-olah senyap begitu saja.

Sekali lagi, kerajaan jenis apa yang kita ada ini sebenarnya?

Apakah Mahiaddin dan kerajaan PN mahu rakyat bangkit, seterusnya menempah sejarah ditumbangkan seperti apa yang pernah berlaku di banyak negara Timur Tengah sebelum ini?

Shahbudin Husin

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniKENYATAAN MEDIA TIMBALAN KETUA PENERANGAN KEADILAN Oleh: Razeef Rakimin Ahad 04 Disember 2022 SANUSI KETERLALUAN LABEL PENYOKONG SENDIRI SEBAGAI PENGEMIS, BODOH Saya...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 4 Dis – Terasa lucu pula bila membaca kenyataan Mahiaddin Md Yasin yang mengecam susunan kabinet Anwar Ibrahim sebagai paling mengecewakan...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 2 Dis – Subsidi dan pembaharuan fiskal dijangka menjadi cabaran paling besar kepada kerajaan baharu di bawah pimpinan Perdana Menteri ke-10,...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 1 Dis – Meneliti perbualan telefon Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan yang merakamkan ucapan tahniah beberapa...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER